Monday, March 17, 2008

Sepandai-pandai tetikus melompat akhirnya jatuh ke pad tetikus juga

Muda lagi, umur baru 18, tapi Owen Thor Walker, remaja dari Whitianga, atau lebih dikenali di dunia siber sebagai Akill, Snow Wyte dan Snow Walker sudah hampir setaraf dengan otai-otai seperti Kevin Mitnick, Adrian Lamo, Count Zero dsb. (Kevin Mitnick dan Count Zero dah insaf. Kevin siap berlakon siri Alias lagi. Si Zero sejak dapat tawaran kerja dengan Microsoft terus hilang daripada dunia penggodaman).

Akill yang dalam ikat jamin sejak November tahun lepas sepatutnya hadir di Mahkamah Daerah Thames Jumaat lepas tetapi ditangguhkan lagi ke 1 April atas sebab-sebab yang tidak mahu didedahkan oleh pihak berkuasa. Hmm. Peguamnya, Tony Balme, pun senyap sunyi. Tunggu hari bicara je lah.

Kenapa saya kata dia hampir setaraf otai? Tengok saja fail pertuduhannya hampir nak pengsan: didakwa mengetuai satu kumpulan penggodam dan penggertak antarabangsa dalam menghasilkan botnet versi mereka sendiri yang mengakibatkan 1.3 juta komputer menjadi zombie, dengan tujuan untuk mencuri nombor kredit kad, dan memanupulasi perniagaan stok. Hampir 18 bulan polis New Zealand menyiasat dan menjejaki beliau dengan kerjasama FBI dan pihak berkuasa Belanda, baru bulan November lepas beliau berjaya ditangkap.

Tuduhan rasmi terhadap beliau di bawah Akta Jenayah-jenayah (Crimes Act) ialah:
-dua dakwaan melakukan capaian kepada komputer untuk tujuan yang tidak jujur, merosakkan atau mengganggu sistem komputer dan memiliki perisian untuk melakukan jenayah.
-dua dakwaan melakukan capaian kepada komputer tanpa kuasa/kebenaran pemilik.

Seramai lapan orang (bukan dari New Zealand) yang terlibat dengan kumpulan tersebut telah didakwa di negara masing-masing, malah ada yang sudah mengaku salah dan disabitkan kesalahan sejak siasatan bermula. Tetapi semua tak sabar nak tengok apa jadi dengan Akill, sebab dia didakwa sebagai mahaguru kepada yang lain.

Cuma yang rasa tak puas hati sebab sindrom "media mudah lupa" mengakibatkan ada media yang menggambarkan beliau sebagai orang pertama yang didakwa di bawah undang-undang jenayah siber New Zealand. Bunyi macam hebat kan. Hello!!! New Zealand belum ada undang-undang jenayah siber yang khusus. Yang ada sekarang ni adalah peruntukan-peruntukan yang menumpang je dalam Akta Jenayah2. Bahagian 10 yang lama (mengandungi seksyen 217 ke 305) digantikan oleh Bahagian 10 yang baru (mengandungi seksyen 217 ke 272), bermula 1 Oktober 2003, menerusi seksyen 15 Akta Pindaan Jenayah 2003 (Crimes Amendment Act 2003 (2003 No 39)). Seksyen 248 – 254 dalam Bahagian 10 yang baru itu dikategorikan sebagai ‘jenayah2 melibatkan komputer’ (crimes involving computers). Pastu laporan bahawa beliau orang pertama didakwa tu pun sindrom melayu mudah opss media mudah lupa juga. Tahun 2004, betul2 selepas Akta Jenayah2 dipinda tahun sebelumnya untuk memasukkan peruntukan2 anti-godaman tu, orang pertama yang kantoi ialah Timothy Molteno, pensyarah Fizik di Universiti Otago. Ni kes balas dendam sebab asalnya dia kerja dengan portal kedai dalam talian “BuyMusicHere” tapi gaduh dengan CEO. Untuk balas dendam, dia godam sehingga merosakkan portal kedai dalam talian tu dengan cara melambatkan operasi pangkalan data mangsa ke tahap pergerakan yang maha lambat ala2 setahap pergerakan siput babi (hat siput babi ni saja tambah bagi nampak efek gempak sket heheh). Cuma tak jadi sensasi macam si Akill ni sebab pensyarah sewel tu mengaku salah. Habis cerita. Lagipun dia bukan remaja 18 tahun.

*botnet: singkatan daripada 'roBOT NETwork'. Merupakan sejenis badware dalam kategori perisian kawalan jauh yang berlegar dalam rangkaian yang telah dijangkiti oleh malware. Ia membolehkan pengendalinya mengawal komputer2 mangsa jangkitan (zombie) mengikut citarasa yang diidamkan oleh pengendalinya.

p/s: Teringat Megat Tulang, penggodam dari Malaysia. Apa khabar beliau agaknya sekarang?

Scientific Reserve berhampiran Kingston

1 comment:

munirmuji said...

salam...banyak nye cite yang saya tak penah dengar abang tulis...isiskisk...pasni saya nak tau cite nz saya bace cite abang je la...hehehe