Saturday, April 19, 2008

Perang Sudah Bermula

Masih belum reda nampaknya kemarahan Menteri Luar, Winston Peters, berhubung perjanjian FTA antara New Zealand dan China. Siap buat iklan dalam suratkhabar lagi dengan tema "inilah masanya untuk kita memiliki New Zealand semula" setelah sekian lama 'tergadai' ke tangan orang lain. Kata Winston, sanggupkan org Kiwi melepaskan lapangan terbang Aukland ke tangan bangsa asing? Sanggupkan org Kiwi membiarkan New Zealand ditelan oleh kuasa besar macam China? Winston berdegar2 berceramah di sana sini sejarah dah membukitkan apa2 perjanjian antara negara kuasa besar macam China dengan negara lain akan berakhir dengan insiden2 berat sebelah.

Lagi Winston hangin satu badan bila kerajaan cadang nak pinjam bawa masuk anggota2 polis dari Singapura ke sini. Alasan kerajaan ialah antara kesan FTA ialah pihak China akan menghantar lebih kurang 1800 tenaga profesional ke sini. Jadi New Zealand perlukan satu pasukan polis khusus untuk menangani apa2 masalah berbangkit di kalangan komuniti tenaga profesional ini. Mungkin sebab kumpulan 1800 ni tak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris la kot. Winston radang sebab kalau begitulah kesnya macam mana tenaga pro ni nak berinteraksi/bekerjasama dengan orang2 di sektor awam dan swasta dan masyarakat setempat.

Asalnya dalam pemilihan pasukan polis tu, pihak kerajaan ada beberapa pilihan utama: Malaysia, Indonesia dan Singapura. Polis China memang tak boleh pakai kat sini takut nanti asyik menangkan rakyat China tu je. Polis Taiwan pulak takut nanti asyik cari salah rakyat China tu je. Polis Malaysia dan Indonesia takut nanti asyik... hmm malas nak cakap apa2 (a lu pikir la sendiri, bak kata Nabil Raja Lawak Astro heheh). Senang cerita ambil polis Singapura.


p/s: Kalau tuan Winston ni menteri kat Malaysia dah lama kena tatacara Whip, jawatankuasa disiplin parti dsb. Silap haribulan buleh kena gantung/tendang dari kabinet. Hehe. Tambah2 lagi Winston ni bukan ahli parti Buruh (Labour). Dia Presiden parti "New Zealand Dulu / Pertama" (NZ First) yang ada pakatan dengan Buruh untuk membentuk kerajaan. Tapi bukan dalam formula yang dipakai oleh Barisan Nasional sebab Labour dan NZ First bukan komponen2 dalam satu parti besar. Pakatan je. Lebih kurang macam Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP) kat Malaysia la.

Piopiotahi / Milford Sound

Wednesday, April 9, 2008

Mimpi bandar baru tepi laut

Punya la Majlis Perbandaran dah angan2, rancang2, mimpi2 nak bangunkan kawasan pelabuhan Dunedin (Harbourside di tepi Otago Harbour) jadi kawasan komersial, dengan impian menggunung nak buat 'bandar baru Dunedin' dengan kedai2, rumah2, kawasan rekreasi dsb menghadap teluk Otago menggantikan kilang2 dan bangunan2 lama yang dok ada kat kawasan pelabuhan tu. Ala2 Kota Kinabalu / Kuching la.

Tup2 Jumaat lepas Pihak Berkuasa Pemegang Amanah Warisan (Heritage Trust Authority) tetiba daftarkan kawasan pelabuhan tu jadi kawasan warisan. Hangin satu badan la ahli2 majlis. Mana taknya, pihak majlis dah buat pengumuman pasal projek tu dan dah keluarkan iklan, pekeliling dsb untuk mana2 pihak termasuk orang ramai untuk serahkan pandangan/bantahan (public submission) tentang projek tu. Pihak pemegang amanah tak guna saluran tu, sebaliknya terus ambik jalan pintas.

Selama ni tak ramai yang perasan nilai warisan kat kawasan tu. Pelancong2 pun takdo pasal nak pegi berjalan kat kawasan tu, kecuali nak pegi naik Monarch Cruise atau main kapal layar mini atau pegi rombongan naik kapal pegi mancing atau cuba2 nasib pakai pas pelawat minta kerja secara haram kat kilang2 kat situ. Itu saja. Bangunan2 bersejarah (baca: kilang2 bersejarah) ada tapi tak diselenggara macam bangunan2 kat belah pusat bandar. Ahli2 malis sendiri pun ntah2 tak teringat pasal benda tu masa mula2 buat pelan pembangunan. Bukan tak boleh nak teruskan projek tu, boleh lagi cuma bila dah daftar jadi kawasan warisan ni pihak Majlis terpaksa struktur balik pelan asal dan kena berhati2 supaya apa2 pembangunan yang dah dirancang tak ganggu struktur warisan nenek moyang turun temurun kat kawasan tu. Almaklumlah kat situlah tapak pelabuhan asal pendatang2 Maori dan Pakeha.

p/s: kat pelabuhan Klang tu mesti ada banyak bangunan2 warisan tinggalan tapak pelabuhan asal. Ke dah habis kena roboh?

Wednesday, April 2, 2008

Janji Tuan Kunci

Tuan John Key kata kalau National menang pilihanraya kali ni, salah satu benda yang dia nak buat ialah mewajibkan semua penjenayah yang disabitkan kesalahan di mahkamah (tak kira apa bentuk jenayah) 'menderma' $50 ke tabung mangsa2 jenayah (VCS = Victim Compensation Scheme). Contohnya kalu dah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman 3 tahun atau denda $100, tambah lagi satu hukuman iaitu denda / 'derma' hehe $50.

Ni tujuan dia nak tolong tampung kos2 yang terpaksa ditanggung oleh mangsa, cth. kos nak pegi ke mahkamah, kos terapi (bagi mangsa2 yang trauma) dsb. Hehe tiru New South Wales dan California nampak?

p/s: Kalu National menang la.


Nasib si Akill

Perbicaraan Akill, remaja penggodam bertaraf otai, semalam di Mahkamah Daerah Thames, berakhir dengan pengakuan salah terhadap semua tuduhan. Hmm nampaknya kureng best sket la baca laporan penuh kes ni nanti sebab hujah2 peguam semua takdak (dah peguam nasihatkan anakguam mengaku salah nak hujah apa lagi huhu). Sekarang ni Akill bebas dengan ikat jamin sementara menunggu hukuman dijatuhkan bulan depan, pada 28 Mei 2008 ni.

Botnet2 dia dikendalikan daripada pelayan2 (server) di luar New Zealand. Majoriti pelayan yang dia gunakan adalah daripada Malaysia, sama ada dia sewa atau 'tumpang' (jadi parasit dalam pelayan). Malaysia lagi!!! Suka betul la penggodam2 ni buat pangkalan maya kat Malaysia. Dalam banyak2 penggodam yang buat pangkalan maya kat Malaysia, yang paling dasyat kes Al Qaeda 'tumpang' alneda.com* dalam pelayan Jaring suatu ketika dahulu. Tu belum masuk kisah gadiscun.com 'tumpang' pelayan kerajaan negeri Perak huhu.

p/s: Siapa2 yang ada laman web sendiri tu rajin2 la cek fail2 yang ada dalam pelayan tu. Mana tau ada fail2 menumpang, kita jugak yang susah kena soal siasat nanti. Kalau ikut seksyen 8 Akta Jenayah Komputer 1997 (Malaysia) lagi dasyat, mamat yang ada dalam kawalannya mana2 dokumen atau data yang sebelum itu telah dilaporkan digodam daripada komputer lain, maka mamat itulah dianggap sebagai orang yang melakukan godaman tu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

*alneda.com ialah portal web rasmi Al qaeda yang digunakan oleh komuniti al qaeda untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Burung Kea