Tuesday, August 28, 2007

Bila bukan peserta lebih sudu daripada kuah

Tuan NC Universiti Otago hangin satu badan dek kerenah aksi-aksi hampas segelintir peserta Undie 500. Mana taknya, dia dok harap tahun ni Universiti Otago dapat liputan daripada media antarabangsa hasil penyelidikan2 bertaraf dunia tapi sekali yang keluar pasal insiden serba hampas tu. CNN lagi.

Undie 500 adalah acara tahunan rally kereta yang berharga bawah $500 yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Universiti Canterbury (ENSOC) bermula dari Christchurch ke Dunedin. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah ahli ENSOC, dan mereka akan menghias kereta-kereta tersebut dan diri mereka sekali sebelum bertolak ke Dunedin.

Satu acara yang menarik, kerana ia menampilkan kreativiti pelajar2 ini, tetapi malangnya segelintir pelajar yang tidak terlibat dengan rally ini teruja melebih-lebih pula daripada peserta rally sendiri lantas minum arak dengan kuantiti yang berlebihan (antara syarat rally, peserta dikehendaki berhenti di pub dan bar yang terpilih sepanjang perjalanan dan minum hanya setakat yang mereka rasa selesa dan kemudian minum sekurang-kurangnya dua tiga gelas bir di The Cook Tavern; tapi segelintir pelajar Universiti Canterbury yang tidak menyertai rally tetapi membawa kereta ke sendiri ke Dunedin, biasanya sehari lebih awal, menunggu ketibaan kereta2 itu dengan menghabiskan masa sepanjang hari menunggu dengan minum arak segila-gilanya sambil ditemani oleh segelintir mangkuk ayun daripada Universiti Otago).

Disebabkan pengaruh alkohol yang berlebihan, pelajar-pelajar yang lebih sudu daripada kuah @ menumpang populariti rally ini menjadi tidak terkawal; merepek, merapu, meraban, menari, menggila, membakar, menghaka dsb sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat di sekitar jalan Castle, Dundas, Hyde, Grange dan Leith. Tahun ini menjadi lebih dasyat daripada tahun lepas. Siap buat haka depan polis lagi.

Daripada 69 tangkapan yang dibuat, hanya 9 orang sahaja peserta rally. Yang lain ialah golongan lebih sudu daripada kuah @ perasan menyertai rally. 24 orang adalah pelajar Universiti Canterbury. 30 pelajar Otago. 15 bukan pelajar (yang ini lagi la masuk dalam bingkai @ enter frame hehe).

Sebahagian sudu yang mulanya didakwa di mahkamah atas tuduhan terlibat dalam rusuhan merayu-rayu kepada pihak berkuasa agar tuduhan tersebut ditukar kepada tuduhan yang lebih ringan. Akhirnya tuduhan dipinda kepada perlakuan yang mengganggu ketenteraman awam. Saya sangat tidak berpuas hati dengan pindaan pertuduhan ini kerana ia bermakna pihak universiti tidak akan dapat membuang barah ini. Kalau universiti Otago la. Universiti canterbury punya kaedah tatatertib lemah sket.

Setiap pelajar yang didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah akan digantung pengajian oleh pihak universiti berdasarkan kaedah tatatertib universiti sementara menunggu keputusan mahkamah. Kalau ikut pertuduhan asal, jika didapati bersalah, alamatnya penjara boleh sampai maksimum dua tahun dan pihak universiti boleh terus membuang pelajar-pelajar ini. Tapi bila dah pinda ni, jika didapati bersalah, hukuman hanya denda + kerja2 kebajikan. Tunggu aja lah apa jadi kat budak2 ni.

p/s: Kesian peserta2 undie 500 yang menyertai acara tahunan ni untuk mempamerkan kreativiti tetapi tenggelam dek aksi budak2 lebih sudu daripada kuah. Tuan Peter Chin awal-awal lagi dah kata acara Undie 500 akan tinggal sejarah, beliau tak restu acara ini dibuat di Dunedin lagi.

[new-zealand-map.gif]