Friday, March 14, 2008

Ada apa dengan David Bain

Sebelum tiba di New Zealand pada Ogos tahun lepas, memori perundangan saya terhadap negara ini didominasi oleh ingatan saya terhadap David Bain. Kes beliau merupakan kes jenayah yang melekat di fikiran saya sejak tahun 1995, kerana banyak insiden-insiden yang menarik perhatian dunia perundangan Komanwel pada masa itu dalam kes tersebut.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi hanya memakan masa tiga minggu. Walaupun gagal dalam rayuan ke Mahkamah Rayuan, malah Privy Council sendiri enggan mendengar rayuan beliau, beliau berusaha mendapatkan pengampunan Governor-General yang menghasilkan sesuatu yang beliau tidak duga: Kementerian Keadilan yang dirujuk oleh Governor-General mendapati terdapat kesilapan perlaksanaan keadilan dalam kesnya yang membuka ruang untuk rayuan semula di Mahkamah Rayuan. David tak lepas peluang lantas terus membuat rayuan kedua ke Mahkamah Rayuan tetapi tetap gagal. Namun beliau merayu lagi ke Privy Council dan hasilnya, sabitan beliau dihapuskan dan Mahkamah Tinggi diarahkan oleh Privy Council untuk membuat perbicaraan semula. Semasa saya tiba di sini Ogos lepas, beliau baru sahaja bebas dengan ikat jamin hampir tiga bulan sudah, sejak 15 Mei 2007 sementara menunggu perbicaraan yang baru pada 5 Mei depan. Tunggu dan lihat.

Sementara tunggu kes David, boleh la layan kes Nai Yin Xue di Mahkamah Daerah, Auckland. (Pehal makin kerap kes2 bunuh anggota keluarga sendiri nih?)

* Privy Council = mahkamah rayuan tertinggi untuk negara-negara Komanwel, dianggotai oleh hakim2 otai dari House Of Lords, mahkamah rayuan tertinggi di United Kingdom. Antara negara yang sudah memansuhkan sistem rayuan ke Privy Council ialah Canada, Australia, Hong Kong (kerana penyerapan Hong Kong ke dalam negara China pada 1997), Malaysia, Singapura, negara-negara di kepulauan Carribean dan New Zealand. Rayuan ke Privy Council dari New Zealand hanya dimansuhkan pada tahun 2003, dan terpakai untuk kes-kes yang pertama kali dibawa ke mahkamah pada tahun 2003 dan ke atas, selaras dengan prinsip undang-undang jenayah yang tidak boleh dikuatkuasakan ke belakang. (tanpa prejudis) Kalaulah New Zealand sudah memansuhkan sistem rayuan kes jenayah ke Privy Council lebih awal seperti yang dilakukan oleh Malaysia pada 1978, David sudah berada dalam penjara sekarang (sabitan beliau yang dihapuskan oleh Privy Council ialah 12 tahun penjara). (tanpa prejudis)

p/s: Minat David Blaine dan David Copperfield. Alang Alcatraz pun ulam saja, inikan pula penjara di New Zealand, kan David (Copperfield)?



Deer Park Heights

2 comments:

Anonymous said...

saya pun minat david cooperfield gak..ahakssss

Rizal said...

Ada sorang lagi David yang saya minat. David Arumugam (Alleycats) haha.