Thursday, November 6, 2008

Macam2 kisah PRU 2008




Siapa2 yang buleh mengundi tu pegi la pusat2 mengundi hari Sabtu ni 9 pagi hingga 7 petang, jangan lupa bawa kad EasyVote! Marilah Mari pergi mengungi tunailah kewajipan pada negara (lama tak dengar lagu ni). Saya tak buleh mengundi, tumpang sekaki tengok kawan2 je lah. Bukan senang nak tengok proses PRU kat negara orang nih. Sekali sekala je beb.

Barack - Berkat?

Seperti yang telah dijangka, kolaborasi Barack Obama dan Joe Biden @ Obama+Biden menang dengan majoriti undi yang sangat besar. Mulai daripada saat ini, rakyat Amerika Syarikat yang berada di luar negeri sudah tidak malu nak mengaku sebagai rakyat Amerika, Lepas ni tak ada la rakyat Amerika yg kena soalan cepumas cth. 'Ada bom siapa2 tak baru2 ni?' 'Ada perancangan nak perang kat mana2 ke dalam masa terdekat ni?" 'Kenapa presiden bush korang bengap sangat?" 'Apa yg korang dengki hijau sangat kat Iran hah?' 'Korang ingat korang hebat sangat' dsb...;) Ada sorang kawan saya anak dia sampai malu nak mengaku asal dari Amerika, takut kena kutuk. Sekarang ni dengan bangga nak war2kan diri sebagai warga Amerika. Tapi buat masa ni la. Kalau Obama pun menjurus ke arah kesemakan @ ke'Bush'an di kemudian hari, tak tau la apa nak jadi pulak hehe. Ahli politik ni semua pandai bercakap, tindakan kemudian kira.

Perenggan atas 'there is not black america and a white america... there's the united states of america' tu macam pernah dengar je kat Malaysia heheh tapi dengan perkataan yg lain tapi membawa maksud yg sama: 'tiada melayu malaysia,tiada cina malaysia, tiada india malaysia...bla bla.. yg ada ialah Malaysian Malaysia'. Obama tiru slogan DAP? Teringat kata2 mendiang Abraham Lincoln : 'government of the people, by the people, for the people' tiru slogan Anwar Ibrahim: 'kerajaan untuk rakyat'?"Kebetulan je ni haha.

Memandangkan Pak Bush gagal sehingga kini mengesan di mana lokasi Osama bin Laden, mungkin dengan kombinasi Obama Biden yg hampir2 mirip nama pemimpin Al Qaeda itu mampu merungkai permasalahan tersebut? ..;) Siapa2 saja yg berada di puncak kuasa Amerika akan sentiasa pro-Israel, cuma pendekatan je lain2. Bush lelaki gasar sikit, tak buleh tolak ansur , Obama lelaki budiman sikit apa2 pun buleh bincang, tapi apa jua berlaku ISRAEL TETAP BERTAUT DI HATI dan OSAMA TETAP AKAN DICARI. Ni belum apa2 lagi Obama dah sebut pasal kemungkinan serangan di kawasan Pakistan jika kerajaan Pakistan gagal menangani punca keganasan yg menular ke Afghanistan? Itulah pasal beria2 nak tarik keluar askar dari Iraq, bukan terus tarik bawa balik ke Amerika, tapi tarik keluar Iraq sumbat masuk Afghanistan heheh. Iran? 'kita akan cuba bincang' 'Korea Utara? 'kita akan cuba bincang?' Kalu bincang tak makan2 jugak? Nak tiru Bush atau nak abaikan saja Iran dan Korea Utara atau nak cuba pendekatan lain pulak? Iran musuh ketat Israel tu heheh.

Apa2 pun, kita kena bagi peluang kat Obama dan Biden untuk tunjukkan kat dunia yang sekurang2nya di mata kasar, mereka tidak seganas Bush. Tahniah Obama & Biden.

Monday, November 3, 2008

Bahang PRU 2008

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) New Zealand. Hari Sabtu ni (8 November) org2 Kiwi akan berbondong2 ke pusat undi untuk mengundi calon2 pilihan mereka. Baca: Jumlah orang yg 'berbondong2' pada tahap pengiraan org Kiwi hanya beberapa titis air di dalam parit daripada jumlah orang yg 'berbondong' pada tahap pengiraan org Malaysia semasa PRU. Di New Zealand ni, seribu dua tu dah kira tahap ramai dah tu. Kalau di Malaysia, puluh ribu baru buleh dikira ramai. Mana taknya, di Malaysia jumlah penyokong dari luar yang datang mengiringi calon pun kurang2 mesti 4 angka. Hoho.

Hari2 menjelang PRU berjalan dengan agak tenang, kecuali dua tiga iklan2 berapi kat media cetak dan elektronik. Tapi daripada segi ketelusan penulisan kewartawan tu memang nampak terserlah, sebab semua media arus perdana termasuk TV1, TV2 dan TV3 bagi liputan sama rata untuk semua calon tanpa mengira fahaman politik. Dalam banyak2 iklan kempen di TV, saya secara peribadi suka iklan 'dua John Key' ni:



Untuk berlaku adil pada John Key @ Tuan Kunci kita, tengok la iklan ni:



Suasana kemeriahan PRU seperti di Malaysia tiada langsung di sini. Perang poster dan banting sampai penuh tiang elektrik dan segala macam tiang tak wujud kat New Zealand, yg ada cuma papan2 tanda mini daripada kayu dengan nama calon, parti dan motto.

Bila tengok video Helen Clark terpeleot masa tengah berkempen kat kompleks beli belah baru2 ni, kalu tanya orang yg percaya benda2 khurafat akan kata "hah ni petanda Parti Buruh nak jatuh la ni...!" Tapi tabik spring jgak la untuk Puan Clark, lepas jatuh dengan selambanya bangun dan berlagak macam tak ada apa2. Macho ni dia nih!





p/s: Hari Selasa ni PRU Amerika Syarikat. Dalam hari Rabu ni buleh la kita tahu siapa pulak Ketua Polis Dunia kali ni: Obama / McCain? Saya tak tahu macam mana kecenderungan orang Malaysia terhadap calon Presiden USA kali ni, tapi kalau nak buat analogi berunsur satira, cuba tanya orang Malaysia yang berbangsa Melayu: "suka tak kalau bangsa lain selain daripada orang Melayu jadi Perdana Menteri?" Kalau jawapannya ialah ya, buleh la buat analogi orang tu berpihak pada Obama. Tapi kalau jawapannya tidak tetapi masih berpihak pada Obama, ada pelik sikit lah. Heheh apa punya merepek satira ni!

Thursday, October 16, 2008

Debat Perdana

Debat Perdana antara Helen Clark dan John Key yang ditayangkan secara langsung oleh TV1 jam 7 petang semalam (One News YouTube Election Debate) boleh tahan jugak la, cuma tak berapa berkenan dengan pemudahbicara yang asyik dok potong masa Helen dan John tengah dok hangat berucap.

Seperti yang dijangka, isu2 seperti Kiwisaver, pemotongan cukai dan pendidikan percuma menjadi topik hangat semalam. Isu2 biasa je, yang dah jadi makanan sejak akhir2 ni menjelang PRU bulan depan, cuma bila ia dihadapkan secara bersemuka antara Puan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang, jadi meriah @hangats meletops la sket. Bukan setakat pemudahbicara ja yang dok potong, sesama Helen dan John pun asyik dok potong sesama sendiri, sampai ada satu tahap Helen kata (mafhumnya lebih kurang begini): "Kau ni John mungkin dah biasa jerit2 soh orang dengar cakap kau, tapi bila aku nak bercakap boleh diam sikit tak biar aku habis dulu?"

Saya lebih tertarik dengan isu penguatkuasaan undang2 bagi menangani masalah jenayah, terutama sekali isu penggunaan taser yang baru dibekalkan secara meluas kepada polis2 di New Zealand. Kalau di Amerika Syarikat, undang2 di 43 negeri membenarkan orang ramai membawa taser dalam beg sebagai senjata perlindungan sebagai alternatif yang lebih baik daripada penyembur lada. Tapi kat New Zealand, polis je yang boleh.

p/s: Baru2 ni masa Helen Clark datang berkempen kat Universiti Otago, bukan main ramai lagi pelajar berkerumun nak jumpa dengan dia. Siap bawa tag 'Helen is the babe' lagi.

Thursday, October 9, 2008

Keputusan Anugerah Industri Muzik NZ

Walaupun saya dari dulu lagi menyampah dengan kumpulan duo Flight of the Conchords, tapi nampaknya semalam rezeki berpihak pada mereka. Menang 4 anugerah lagi. Adakah ini bermakna saya kena belajar meminatkan diri kepada lagu2 genre ala2 70-an dengan elemen2 komedi? Heheh. Tahniah la Flight of the Concords.

Macammanapun tetap puas hati sebab feveret2 saya macam Opshop, Tiki Taane, Liam Finn, Anika Moa dan Shihad menang gak. Yuhuu. Opshop menang 4 anugerah gak.

Pastu persembahan2 artis malam tadi memang gempak. Paling suka masa pembukaan majlis Tiki Taane bawa lagu Tangaroa dengan diiringi sekumpulan penyanyi dan penari berbaju tradisional Maori. Tiki memang dasyat. Anika bawa lagu Standing in This Fire pun best, cuma rasanya Anika ni kena diet la sikit. Badan dah tahap anak gergasi dah nampak mengah sket. Hehe.

Helen Clark pun turun gak semalam, siap sampaikan anugerah lagi. Tapi bila tiba2 John Campbell pun kuar jugak sampaikan anugerah, mula terasa pening2 sikit. Rasa macam tonton Campbell Live lah pulak.

Senarai Penuh Pemenang NZ Music Awards
Album of the Year: Flight of the Conchords (Flight of the Conchords)
Best Group: Flight of the Conchords (Flight of the Conchords)
Breakthrough Artist of the Year: Flight of the Conchords (Flight of the Conchords)
Single of the Year: Opshop (One Day)
Highest Selling NZ Single: Opshop (One Day)
Highest Selling NZ Album: Opshop (Second Hand Planet)
NZ On Air Radio Airplay Record of the Year: Opshop ('Maybe')
Best Male Solo Artist: Liam Finn (I'll Be Lightning)
Best Female Solo Artist: Anika Moa (In Swings The Tide)
Best Rock Album: Shihad (Beautiful Machine)
Best Aotearoa Roots Album: Tiki Taane
Best Urban / Hip Hop Album: Scribe (Rhymebook)
Best Dance / Electronica Album: Recloose (Perfect Timing)
Best Maori Album: Ruia (12:21 Tekau Ma Rua, Rua Tekau Ma Wha)
Best Gospel / Christian Album: All Left Out (The Conquest)
Best Classical Album: Michael Houstoun (Inland)
Best Music Video: Ian Hart for 'Her Hairagami Set' (The Brunettes)
People's Choice Award: Parachute Band
International Achievement Awards: Savage dan Flight of the Conchords (kalu AIM Malaysia kita panggil Anugerah Kembara)
New Zealand Herald Legacy Award: Straitjacket Fits (kalu AIM Malaysia kita panggil Anugerah Wirama)

Tiki Taane - Tangaroa


Anika Moa - Standing in this Fire


Liam Finn - Second Chance

Saturday, October 4, 2008

Menjelang Anugerah Industri Muzik

Lari topik masuk industri muzik NZ kejap.

Yay! 4 hari saja lagi sebelum berlangsungnya NZ Music Awards 2008. Kalau kat Malaysia setiap tahun saya tak pernah lepas Anugerah Industri Muzik anjuran RIM, walaupun suatu ketika dahulu sistem penjuriannya agak prejudis sikit. Bila dah berada kat New Zealand ni, saya masih ikuti lagi perkembangan dunia muzik di Malaysia + Indonesia. Untuk info2 lagu mana yang tengah naik saya biasa rujuk laman web carta Era+ Ngetop di Era dan Hot FM. Lepas tu buka imeem.com dan 'tarik paksa-rela' lagu tu masuk ke cakera keras untuk dijadikan koleksi MP3. Buat masa ni tengah layan lagu2 album solo Malique terutama Mantera Beradu, album May koleksi rakam semula lagu2 rock kapak lama dan album Wings Teori Domino Revisited: Jamming Session. Apa hal la semua buat rakaman semula lagu2 lama nih. Tapi gempak siot.

Kat New Zealand ni, saya agak berminat juga dengan perkembangan industri muzik dia. Kalau artis solo saya minat Tiki Taane, Liam Finn , Anika Moa dan Annabel Fay. Kora dan Scribe pun boleh layan juga la. Kalau kumpulan; Opshop dan Shihad.

Paling menyampah: Flight of the Conchords. Peminat2 lagu rentak2 70-an jangan marah yek.

TIKE TAANE - ALWAYS ON MY MIND


OPSHOP - ONE DAY


ANIKA MOA - MY OLD MAN


LIAM FINN - GATHER TO THE CHAPEL


ANNABEL FAY - STRONG


SHIHAD - VAMPIRES

Bila tuan Kunci sentuh Ketuanan Maori

Saya tak faham apa rasional Tuan Kunci @ John Key @ ketua pembangkang @ presiden parti Kebangsaan (National Party) timbulkan isu penghapusan kuota istimewa wakil rakyat berdarah Maori di Parlimen. Silap haribulan boleh makan diri @ tersungkur di PRU tahun ni. Kalau dia mahukan semua orang bersaing secara adil @ meritokrasi tanpa kuota2 tertentu, perkara itu sepatutnya ditimbulkan selepas pilihanraya kalau dia menang.

Sekarang ahli2 politik berdarah Maori dah bengang dengan dia. Ini dah jadi satu kemenangan moral untuk Helen Clark. Sah2 benda ni akan jadi modal politik parti Buruh untuk terus kekal berkuasa dan menghalang parti Kebangsaan naik.

p/s: sekali2 pembawaan tuan Kunci ni nampak macam iras2 Datus Seri Anwar lah pulak. Isu yang sama juga, penghapusan ketuanan berasaskan kaum ke arah ketuanan berasaskan semua rakyat.

John Campbell v Winston Peters

Saya sebenarnya tak minat sangat tonton Campbell Live sebab penampilan John Campbell mengingatkan saya kepada Wan Din dan Edisi Siasat NTV7 suatu ketika dahulu. Sebab saya tak berkenan sangat dengan gaya penyampaian Wan Din terutama bahasa kasar yg dia guna, John jadi mangsa heheh. Sekali sekala ok lah, tengok isu jugak, sebab kengkadang isu2 merepek pun masuk jadi makanan John.

Tapi yang peliknya saya boleh tahan pulak tonton rancangan bual sembang Amerika Syarikat macam David Letterman Show dan the Daily Show, walaupun John Stewart semakin hari semakin merepek dengan umpatan2 yang kuat terhadap Sarah Palin dan McCain (cermin mata Sarah pun John Stewart buat isu hehe). Masa dia temuramah Tony Blair sambil pekena kawan tu dua tiga das, sah2 si Tony dok mengutuk dalam hati "bloody Americans" haha.

Tapi bila tuan Winston Peters @ ahli politik 'pujaan' media (tak percaya cuba belek suratkhabar atau tonton berita, tak sah kalau orang tua ni tak keluar dua tiga hari sekali heheh) muncul untuk ditemuramah oleh John, saya tak lepas peluang. Daripada derma tak isytihar ke Parlimen sampai kepada ketidakpuasan hati Winston terhadap tatacara siasatan SFO semua John bagi api kat Winston, sampai kawan pun naik hangin. Owen Glenn mesti bungkam tengok temuramah tu. Helen Clark kalau tengok mesti pengsan haha.

Hari tu masa tuan Winston datang ke Universiti Otago untuk bertemu dengan pihak pengurusan dan bermesra dengan pelajar2 di Union Lawn @ ambik kesempatan berkempen bagi pihak parti Buruh dan parti New Zealand First, saya tak sempat turut serta. Cuma ada la kawan2 bagi tau masa orang tua tu dok bagi ceramah kat pelajar2 di Union Lawn tu, tak semena2 mucncul satu mamat tanpa seurat benang berlari2 depan dia; tanda protes la ni. Terkedu la kejap kawan, tapi dah adat orang politik muka kena tebal. Siap keluar muka depan ODT lagi haha.

perkampungan nelayan Purakaunui, Dunedin

Tuesday, September 30, 2008

Ramadan Dua Zaman

Ramadan Dua Zaman
Nazrey & Inteam


Ramadan
Satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar maghfirah
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadan

Takbir kami lesu tak bermaya
Adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Otago Peninsula

Malaysia daripada kaca mata Otago Daily Times

Dekat2 nak raya ni, mari kita imbas2 balik sebahagian berita tentang Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Otago Daily Times. Dalam banyak2 berita, isu-isu politik yang hangat yang paling banyak mendapat tempat di hati pembaca.



















Wednesday, September 17, 2008

Panas2 Musim Bunga

Kawan2 Kiwi saya selalu berseloroh kata New Zealand ni, terutamanya pulau selatan, ada tiga musim je: Musim bunga, luruh dan dingin. Musim panas takdo, sebab kalau ikut piawai 4 musim, cuaca dan suhu sepanjang Disember sampai Januari tu tak capai tahap musim panas yang sebenar macam di negara2 4 musim yang lain. Dalam erti kata yang lain, tempoh Disember sampai Januari tu sebenarnya musim bunga 'tambahan' atau 'lanjutan', dengan waktu siang yang lebih panjang je.

Seloroh2 ada betul lah jugak. Kalau ikut pengalaman saya yang baru pertama kali bermusim panas yang lalu, rasa macam musim bunga je.

Satu lagi seloroh kawan2 Kiwi: perbezaan kami dengan orang2 Aussie - kami buka habis tingkap dan pintu dan keluar duduk luar cari matahari, tapi diaorang tutup habis tingkap dan pintu masuk dalam rumah lari dari matahari!

Tapi musim bunga tahun ni nampaknya akan bersuhu panas, heheh mana tak panas puan PM dah isytihar tarikh PRU jatuh pada 8 NOVEMBER 2008, hoho panas dan berbahang la seluruh New Zealand dengan kempen2 politik sepanjang musim bunga ni!

Ramai tokoh politik veteran ramal parti buruh akan tersungkur tahun ni selepas memegang tampuk pemerintahan sejak 1999, dan parti kebangsaan akan naik semula. Perang saraf dalam media pun dah mula. Pengsan la korang baca suratkhabar asyik keluar cerita tuan Winston kita je. Kesian kat orang tua tu. Nampaknya tuan John Key dah pulun awal2 dah, kira lebih kurang macam kempen-sebelum-kempen la ni haha. Tak sabar jadi PM ke?

p/s: Sementara tunggu PRU, sambil2 tu kita sejuk2kan dulu diri dengan kemuncak Anugerah Industri Muzik New Zealand 2008 (New Zealand Music Awards 2008 http://www.vnzma.co.nz/). Pilihan saya untuk album tahun ni: Tike Taane.

Ross Creek, Dunedin

Friday, August 29, 2008

Pemanas gelanggang sebelum PRU

Hoho akhbar sejak dua tiga hari ni berita muka depan mesti tak lari daripada telenovela tuan Winston Peters kita @ presiden New Zealand First. Macam selebriti lah pulak. Akhirnya sebab tak tahan dengan tekanan atas bawah depan belakang, tuan Winston Peters kita pasrah juga. Beliau secara rasmi telah merelakan diriinya digantung sementara daripada jawatan Menteri Luar dan portfolio 2 lain sementara menunggu hasil siasatan SFO (Serious Fraud Office). Puan PM sekarang memangku semua jawatan tu. Kalau Peters bersih, dia akan kembali memegang jawatan2 tu.

Semua ni ibarat pemanas gelanggang sebelum PRU tahun ni hehe.

Tuan Key @ Presiden National @ ketua pembangkang awal-awal lagi dah cakap kalu katakan National menang pilihanraya umum tahun ni, dia takkan buat pakatan dengan New Zealand First. Puan PM mula2 memang dalam dilema; nak tekan Peters tak buleh sebab dia perlukan undian daripada penyokong2 New Zealand First untuk memastikan Labour terus berkuasa dalam pilihanraya kali ni; tak tekan Peters pun tak buleh juga sebab nanti rakyat kata Labour pun bersubahat sama dengan 'kes' tuan Peters kita ni. Tapi lepas dah bincang hati ke hati dengan Peters, 'penggantungan' itu nampaknya jalan terbaik buat jangka hayat Labour dan pakatannya dengan New Zealand First.

Tunggu dan lihat je lah keputusan siasatan SFO. Ni yang akan menentukan talian hayat tuan Winston Peters dalam karier politik di New Zealand ni.

p/s: Bila tengok stail tuan Key sekarang bercakap berdegar2 di Parlimen pasal korupsi oleh kerajaan, terbayang2 pulak stail DSAI masa bidas rang2 undang2 DNA di Parlimen Malaysia semalam. Omong2 nih, tahniah menang PRK Permatang Pauh dan kembali semula ke Parlimen selepas 10 tahun.

Di puncak Gunung Cargill berlatar belakang Blue Skin Bay-Waitati-Warrington

Friday, August 22, 2008

Jalan pintas

Suka tak kalau kat New Zealand ni, kita tak payah nak berjalan kaki pusing keliling sikit punya jauh nak ke satu destinasi perlancongan (sebab kalau nak ikut jalan pintas alamatnya kena minta izin dengan tuan tanah @ ladang besar kemain sejauh mata memandang)? Padahal destinasi tu dalam peta nampak dekat je dari jalan utama, cuma tak buleh nak terus pintas masuk sebab akan didakwa menceroboh tanah orang. Faham2 sajalah, kat sini biasanya kawasan2 tu akan diapit oleh tanah2 ladang yang bukan kecil keluasannya.

Kalau suka, berdoalah beramai2 agar rang Undang-undang Walking Access yang sedang dibentangkan di sarang lebah @ beehives @ Parlimen New Zealand berjalan lancar dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan seterusnya cepat2 diluluskan.

Rang undang2 ni, kalau diluluskan, akan memberi kuasa kepada satu badan baru yang diberi nama Suruhanjaya Walking Access, yang akan bertanggungjawab mengenal pasti laluan2 pintas untuk kemudahan orang ramai, dan bekerjasama dengan tuan2 tanah agar membuka sikit ruang dalam tanah mereka supaya orang ramai boleh tumpang lalu. Tanah yang diperuntukkan itu tetap milik tuan tanah, cuma dia kasi kita tumpang lalu je. Kalau kat Dunedin ni, contoh terbaik yang terang lagi bersuluh ialah laluan pintas ke Tunnel Beach melintasi ladang biri-biri (yang ni dulu hasil perbincangan Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Dunedin dsb dengan tuan tanah). Dengan adanya suruhanjaya baru ni, harap2nya seragam dan selaras la sikit.

Cuma kena sendiri mau ingat aaa, kalau masa dok tumpang lalu tanah orang yang telah diisytiharkan oleh suruhanjaya tu nanti, orang yang lalu tu mengalami kecederaan atau apa2 kerugian, tuan tanah tak bertanggungjawab. Dia sediakan tanah je.

p/s: Kalu kat Malaysia kita pakai konsep easement dalam Kanun Tanah Negara. Yang ni dasyat sikit. Kalau orang dok lalu lalang buat jalan pintas dalam tanah kita, pastu kita pulak dok senyap ja tak kata apa2 pun, lepas 10 tahun kalau kita tetiba nak halang mereka lalu, mereka ada hak untuk mengekalkan laluan tersebut kalau laluan alternatif mendatangkan kerugian kepada mereka. Kalau kita nak halang jugak, kita yang kena bayar ganti rugi kepada mereka. Dalam undang2 kita ada satu konsep "equity does not assist someone who sleeps over his rights".

Laluan ihsan merentasi ladang ke Tunnel Beach

Wednesday, August 20, 2008

Nasyid dulu dan sekarang

Komen saya di blog Muzik itu Ibadah

"Saya setuju benar dengan artikel ni. Cuma nak tambah sikit pandangan peribadi kenapa dulu pada era hujung 80-an dan awal 90-an majoriti kumpulan nasyid di Malaysia tak guna alat muzik lain selain daripada kompang, gendang dan alat2 perkusi yang lain.

Puncanya ialah pengaruh dan populariti nasyid2 Al Arqam.

Jika kita sorot kembali populariti lagu2 nasyid sebelum kemunculan nasyid2 arqam, alat muzik yang diketengahkan adalah sama seperti alat muzik yang digunakan oleh hampir semua kumpulan nasyid zaman sekarang iaitu gitar, keyboard dsb. Bezanya cuma majoriti kumpulan nasyid zaman sebelum nasyid arqam tu adalah wanita, dan irama lebih menjurus kepada padang pasir, kecuali kumpulan Al Jahawer yang menerapkan unsur2 pop.

Tapi bila gerakan Al Arqam mula menjadikan nasyid sebagai salah satu wadah perjuangannya, ia perlukan satu bentuk pendekatan muzik yang lain daripada arus perdana untuk menangkap minat masyarakat. Jadi muncullah nasyid tanpa muzik dalam album2 seperti Kelahiran dsb.

Pada awalnya hanya suara vokal dan diikuti dengan suara ramai, tetapi lama kelamaan nasyid tanpa muzik ini mula didokong oleh alunan2 suara latar dengan harmoni yang tersusun.

Kemudian kompang masuk dalam album2 seterusnya, diikuti pula dengan programming perkusi yang lain dengan menggunakan peralatan2 seperti drum machine, sampler dsb.

Walau bagaimanapun, side drum tidak digunakan atas alasan haram.

Malah lagu2 yang agak moden dan tidak mendapat restu pimpinan Arqam turut ditarik balik. Lihatlah pada nasib yang dialami oleh lagu 'Hidden Beneath' dendangan the Zikr feat. Farihin dalam album Munajat. Cetakan kedua album ini menyaksikan lagu itu digantikan dengan rakaman baru lagu 'Sunnah Berjuang'.

Album Munajat meletup, dan kumpulan The Zikr yang turut diperkenalkan dalam album ni mendapat perhatian.

Pada masa itu kita boleh lihat kumpulan2 nasyid sekolah, universiti dsb berlumba2 nak jadi macam Nada Murni / The Zikr. Hasilnya macam2 album dikeluarkan dengan konsep muzik yang sama: nasyid dengan iringan alat perkusi.

Pada masa itu hampir semua penasyid sekolah, kolej dan universiti berpegang teguh kepada konsep nasyid yang dipelopori oleh Al arqam ini, sehingga sesiapa yang cuba menggunakan alat muzik moden dalam lagu2 nasyid dianggap sesat.

Malah bila kumpulan Suara Hati dan Bangsar Boys buat perubahan sikit pada peralatan muzik yang digunakan pun ada yang bising.

Tapi bila Arqam terkubur, semuanya berubah.

Tapi perubahan itu tak mendadak sebab bukan senang nak mengembalikan minda orang yang dah terbiasa dengan 'kehalalan' muzik nasyid ala arqam kembali semula kepada 'kehalalan' muzik nasyid sebelum zaman al arqam.

Jadi mula2 kumpulan2 nasyid ni, terutama sekali kumpulan Mirwana mula mengetengahkan muzik nasyid 'halal' bentuk baru iaitu gunakan segala bentuk alat muzik asalkan tidak bertali dan bertiup.

Maka lahirlah album2 nasyid dengan logo 'neither string nor wind instruments are used'. Hakikatnya, muzik yang dihasilkan itu menggunakan keyboard sepenuhnya. Jadilah muzik yang kedengaran itu seperti biola tetapi bukan biola, seperti gitar bass tetapi bukan gitar bass dsb.

Apa yang berlaku selepas itu rasanya semua dah tahu. Mula2 ada juga yang bising kenapa kumpulan UNIC pakai gitar tapi selepas itu semua senyap.

Dan akhirnya pada hari ini nasyid kembali semula kepada status quo sebelum zaman nasyid2 arqam.

Jadi pandangan peribadi saya, faktor Abuya memainkan peranan yang penting kenapa kumpulan nasyid hujung 80-an dan awal 90-an hanya berpegang kepada nasyid dengan peralatan perkusi yang terhad.

Melodi nasyid memang berevolusi, tetapi peralatan muziknya tidak berevolusi; ia hanya kembali semula kepada kedudukan asal seperti zaman sebelum nasyid2 al arqam.

Alasan kumpulan2 nasyid bahawa mereka berubah daripada segi pendekatan peralatan muzik kerana menyedari wujud khilaf dalam pandangan ulama berkenaan alat muzik hanya alasan sampingan semata2. Alasan utama yang sebenar ialah: mereka kini bebas untuk mengekperimentasikan muzik mereka kerana tiada lagi 'orang atas' yang akan memantau penggunaan peralatan muzik mereka. Maklumlah hampir semua kumpulan nasyid yang popular di Malaysia ni sebelum ini berasal usul daripada al arqam atau bergurukan individu dari al arqam. Wallahu a'lam."

pergh! awal 90-an punya foto nasyid beb!

Monday, August 18, 2008

Kelincahan tuan Kunci dan kelicikan kuda Trojan

Perghh bukan main lincah lagi bak lipas kudung Tuan Kunci kita @ John Key @ presiden parti Nasional @ yang menyimpan harapan tinggi menggunung nak jadi PM, masa dia datang berkempen kat Dunedin baru-baru ni. Siap tawaf George Street masuk ronda2 Meridian Mall lagi. Lagi dasyat masa masuk kedai gunting rambut siap boleh tolong jawab telefon bagi pihak tuan kedai atur temujanji dengan pelanggan yang nak datang bergunting lagi.

Tapi yang kurengnya ucapan berdegar2 dia tanpa teks mula2 nampak dasyat tapi lepas tu yang mendengar mula terasa dejavu, terutama sekali wartawan2 yang buat liputan masa dia berceramah kempen kat Auckland hari tu. Mana tak dejavu, ucapan kitar semula beb, pari materia lagi (sebijik2 perkataan dihafal daripada teks ucapan masa kat Auckland). Apa punya turr ni tuan Kunci!

Kepakaran tuan Kunci masa jawab soalan wartawan sama saja macam ahli2 politik yang lain: lain ditanya lain yang dijawab. Kalau ditanya soalan yang jawapan akan kena batang hidung sendiri, mahir memanipulasikan jawapan sehingga orang ramai hilang terus tumpuan kat persoalan dalam soalan tapi jadi teruja pulak dengan jawapan yang menutup jawapan yang sepatutnya. Yang ni tuan Winston kita lagi mahir la kot hehe.

Antara soalan2 panas ialah isu Kiwibank. Ini semua berpunca dari tuan Inggeris (Mr. English), orang kamcing tuan Kunci yang capoi mulut dok sembang pasal nak jual Kiwibank kalau parti National menang pilihanraya nanti. Kecapoiannya itu sebab masa dia tengah borak tu dia berada dalam majlis makan2 anjuran Parti Nasional, jadi dia dok ingat apa yang dia borak tak lepas la keluar. Malangnya ada pulak kuda trojan kat dalam tu. Esok harinya pita rakaman kata2 dia dah sampai ke tangan media. Lepas tu sekejap saja dah masuk rangkaian internet. Huhu. Siapa la agaknya kuda trojan dalam Parti Nasional ya? (masa ni terbayang muka Ezam M. Noor & Abd Ghani Haron kejap hoho)

p/s: ada sorang kawan Kiwi saya kata: "Daripada hidup di bawah parti Nasional, lagi baik kami orang2 Kiwi berhijrah beramai2 ke Australia jadi orang asli kat sana." Ni bukan saya yang kata, kawan saya yang kata huhu.

foto yang paling saya suka, sebab imej Echo kat atas bangunan dalam Christchurch Art Centre tu nampak macam lukisan timbul dari langit. Cayalah Neil Dawson!