Sunday, March 16, 2008

Iklan dari Malaysia Sket: DEB dan DPN

Sepatutnya blog ni untuk berita2 dari dunia selatan je. Tapi perkembangan selepas PRU 12 sekarang ni buat saya gatal tangan nak menulis sket pasal Malaysia.

Yang saya paling keliru, pening, tak dapat nak faham ialah ura-ura penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, surat2 pembaca dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menentang penghapusan DEB oleh kerajaan negeri itu dan terkini demonstrasi di Pulau Pinang terhadap ura-ura penghapusan dasar itu.

Pelik bin ajaib.

Setahu saya DEB sudah pun dihapuskan pada tahun 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional. Tujuan asal DEB diperkenalkan pada zaman Tun Razak ialah untuk memastikan keseimbangan ekonomi antara kaum, dan untuk merawat hati masyarakat yang terluka selepas peristiwa 12 Mei 1969.

Lebih kurang 20 tahun masa DEB berjalan sehinggalah pada tahun 1990 kerajaan memutuskan bahawa jurang ekonomi antara kaum sudah stabil, lantas DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan kesinambungan kepada DEB tetapi atas dasar yang lebih menyeluruh kepada semua kaum.

Cuma apabila Datuk Seri Abdullah menjadi PM pada tahun 2004 dan saudara Khairy pula dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO, dalam perhimpunan agung UMNO yang pertama sejak Paklah menjadi Perdana Menteri, timbul usul daripada ucapan saudara Khairy agar DEB diperkenalkan semula kerana jurang ekonomi antara kaum mula menjadi ketara semula.

Ada ura-ura pihak kerajaan ingin mengkaji semula sama ada DEB perlu dihidupkan kembali tetapi tiada sebarang keputusan rasmi dibuat oleh kerajaan berhubung perkara itu.

Sebab itulah bila Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan media ingin menghapuskan DEB, dan surat2 pembaca dan demonstrasi pula menentang beliau, saya jadi pelik bin ajaib. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku ni? Penulisan semula sejarah ke? Takkan pemimpin politik macam Guan Eng, penulis2 surat pembaca dalam Utusan dan peserta2 demonstrasi boleh terlupa pasal DPN dan dok rasa DEB wujud lagi? Ke Guan Eng sebut lain tapi media salah lapor? Wallau a'lam. Saya tak berani buat apa-apa rumusan selagi saya belum baca teks penuh ucapan Ketua Menteri baru tu.

Saudara Khairy mesti garu kepala dengan perkembangan terbaru ni. Sah dalam hati dia dok kata,"sebelum ni aku sana-sini dok berucap berdegar2 pasal keperluan mewujudkan semula DEB tak confirm2 dapat lagi, siap hunus2 keris lagi; ini yang diaorang dok sibuk2 sekarang ni DEB yang mana pulok?"

p/s: Daripada mana la agaknya Tokmun dapat teori jangan sokong PAS nanti PAS jual negara kat Jepun sebab bendera PAS macam bendera Jepun tu? Saya ketawa guling2 baca temuramah wartawan dengan Tokmun tu.

No comments: