Thursday, March 13, 2008

Kalau si mati boleh memilih...

Sejak akhir-akhir ini kejadian 'culik' mayat semakin kerap berlaku di sini. Tidak, tidak, bukan untuk tujuan perniagaan organ, tetapi lebih kepada obsessi rasa kebermilikan terhadap jasad si mati oleh individu-individu yang merasakan mereka berhak menyempurnakan perjalananan terakhirnya dengan cara yang mereka anggap dia pasti akan relakan andaikata si mati itu mampu berkata-kata.

Konflik ini berlaku apabila si mati menghembuskan nafas terakhir tanpa meninggalkan sebarang wasiat. Maka siapa yang berhak menentukan cara bagaimana dia disemadikan? Tentu sahaja daripada segi konvensyennya terletak pada waris terdekat, tetapi masyarakat yang sudah bercampur darah ini kadang-kadang mendorong perlakuan yang lain. Maka timbullah tuntutan-tuntutan bahawa si mati milik iwi tertentu, milik komuniti tertentu, untuk marae tertentu dan sebagainya.

Puan PM sudah menegaskan bahawa jasad manusia bukan 'harta', akan tetapi buat masa ini tiada sebarang keperluan untuk memperkenalkan suatu undang-undang khusus untuk menangani perkara berkenaan. Ini kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi, hanya prosedur sahaja yang perlu dikemaskan. Terutama prosedur penyerahan mayat oleh pihak hospital kepada mereka yang berhak. Ada cadangan oleh Pemangku Ketua Koroner untuk pinda saja Akta Koroner untuk kemaskan prosedur-posedur itu. Tunggu dan lihat saja nanti respon Kementerian Keadilan.

p/s: Teringat kisah klasik Dalip Kaur, kisah moden Moorty wira Everest dan kisah Nyonya Tahir.


Tasik Wakatipu dari puncak Skyline

No comments: