Wednesday, March 19, 2008

Diammu Gunung Berapi

Macam tajuk album kumpulan Exist haha. Tapi ini takde kena mengena dengan Ezad & the gang. Posting ni pasal ketua kerohanian Tibet, Dalai Lama, kumpulan sami, 'rakyat' Tibet dan rusuhan berdarah baru-baru ini. Kata sumber Tibet, pihak berkuasa China, dalam usaha mematahkan rusuhan itu menyebabkan kematian 80 orang dalam rusuhan tersebut.

Dalai Lama menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau mendalangi rusuhan berdarah menuntut kemerdekaan + kempen boikot Olimpik Ogos 2008 (Beijing) di Tibet baru-baru ini. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang spontan, yang dipendam oleh warga Tibet sejak sekian lama hidup dalam suasana yang tidak sama tara dengan warga China yang lain. Sejak China 'menjajah' Tibet pada era 1950-an, Dalai Lama yang hidup dalam 'kerajaan buangan" Tibet sedar bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan daripada China akan menempuh jalan yang sangat sukar, dan sebab itulah beliau hanya gigih memperjuangkan autonomi bagi wilayah Tibet. Itupun tak dapat-dapat sampai sekarang. Tetapi kalau kerajaan China yang ada sekarang terus kekal dengan dasar mesra-Tibet yang diamalkan pada dekad 1980-an dulu, apa yang terjadi sekarang kemungkinan besar tidak akan terjadi.

Kerajaan New Zealand begitu berhati-hati dalam memberikan komen terhadap insiden di Tibet ni. Negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia, mengutuk terang-terangan tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa China terhadap perusuh Tibet. Disebabkan sikap berlembut New Zealand ni, puan PM teruk kena perli; "mentang-mentanglah bulan depan New Zealand akan tandatangan perjanjian FTA dengan China.." Tapi puan PM kata sikap NZ takde kena mengena dengan isu FTA tu. Puan PM boleh menarik nafas lega sebab dalam keadaan diluah mati emak ditelan mati bapak dibiar dalam mulut mati diri sendiri ni, tuan John Key tanpa disangka bagi sokongan moral penuh kat dia. Hmm.

Sukan Olimpik di Beijing dah nak mula bulan Ogos ni. Laluan ke Gunung Everest dari arah China dan Nepal telah ditutup. Masa Olimpik nanti obor katanya akan dibawa naik ke puncak Everest (ni tutup laluan awal2 ni takut ada mamat mana2 letak kain rentang "Boycott Beijing Olympic" atau "Free Tibet" ke? ahakss habis satu dunia nampak masa siaran langsung nanti hehe).

p/s: Mungkin Dalai Lama boleh pinjam formula GAM, bagaimana mereka berjaya mendapat autonomi bagi wilayah Acheh hasil rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia di Finland. Atau Timor2, bagaimana mereka akhirnya mendapat kemerdekaan daripada Indonesia. Atau lebih drastik buat pakatan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain untuk mendapatkan pengisytiharan kemerdekaan kendiri terus macam Kosovo. Cuma yang membezakan Tibet dengan GAM, Kosovo, Palestin, Patani, MILF dsb; Dalai Lama dan orang2 Tibet tiada gerakan bersenjata. Rusuhan baru2 ni pun pakai batu dan kayu je dengarnya. (teringat masa mula2 gerakan Intifadah dulu). Diammu Gunung Berapi.

Gua & tasik Te Anau

No comments: