Wednesday, March 26, 2008

Sayangilah deria pendengaran anda

Tu dia tak abis2 lagi kisah Rang Undang2 Kesihatan Awam ni heheh. Ada pulak cadangan2 kepada ahli2 Yang Berhormat untuk pertimbangkan masukkan peruntukan berkenaan kawalan terhadap penggunaan fon telinga, supaya orang ramai bila guna pemain MP3, MP4 mudahalih dsb tak mengalami penyakit2 yang berkaitan dengan telinga dan otak cth. pendarahan telinga, kanser telinga, pekak badak dsb.

Kalu tengok kat Dunedin ni saja pun memang nampak terutama sekali muda-mudi kalau ke sana sini sorang2 diri tak sah kalu tak ada fon tersumbat kat lubang telinga. Pastu nyanyi sorang2, kuat pula tu siap pejam2 mata lagi sambil berjalan. Majoriti suara ke laut la haha.

Kat Perancis dah ada dah undang2 kawal penggunaan fon telinga ni. Sebab itulah bagi sesiapa yang beli pemain mp3 mudahalih kat Perancis akan mendapati tahap bunyi maksima pemain tu lebih rendah daripada tahap bunyi maksima pemain yang dihasilkan kat negara lain (terutama bagi orang yang dah lalituli dengan pemain bertahap bunyi kapalterbang jet atau jeritan terjun bungee). Malah pemain2 mudahalih daripada negara lain, terutama daripada Jepun dan Korea disyaratkan untuk disesuaikan dengan spesikasi tahap bunyi yang dibenarkan oleh undang2 Perancis sebelum boleh dibawa masuk untuk dijual di pasaran Perancis.

p/s: Kesian tengok budak2 kecil jadi mangsa dibiarkan oleh ibu bapa menggunakan telefon bimbit. Kita yang dewasa ni pun boleh jadi bengang telinga kalau kerap guna telefon bimbit, inikan pula budak2 yang masih lembut dan sensitif organ dalaman telinga diaorang. Lama2 boleh jadi tuli budak2 tak berdosa tu.

Lembah Eglinton

Friday, March 21, 2008

This is Helen Clark getting into your pantry huhu

Kenyataan di atas adalah reaksi spontan tuan Tony Ryall, jurucakap kesihatan parti National apabila ditanya tentang rang undang-undang baru yang sedang dibahaskan di Parlimen. Siap sebut "nanny state gone too far" lagi haha. Rang undang2 yang jadi isu itu ialah Rang undang2 Kesihatan Awam (Public Health Bill).

Rang ini disokong penuh oleh organisasi dan pertubuhan kesihatan, tetapi tidak disenangi oleh industri pengiklanan, mana taknya, kalau diluluskan akan bagi kuasa pada kerajaan untuk kawal iklan2 yang menjurus kepada gaya hidup ke arah kegemukan melampau cth. makanan segera tertentu KFC, McDonald, snek tertentu, kerepek tertentu, keropok tertentu dan apa saja yang boleh dikategorikan sebagai makanan segera berkolestrol tinggi. (ada perkataan 'tertentu' tu sebab bukan semua makanan segera berkolestrol tinggi).

Secara umum pula, rang ini akan beri kuasa kepada kerajaan untuk bertindak terhadap aktiviti-aktiviti yang membawa punca kepada obesiti. Dengar cerita ini akan termasuk sekali arak dan keju (hangin gila la bos Captain Cook Tavern heheh).

Sama2 lah kita tunggu bagaimana rupanya kalau rang ini diluluskan menjadi Akta sebab sekarang masih dibahaskan, jadi peruntukannya masih boleh dipinda, disunting, dipadam, ditambah dsb.

p/s: Teringat dulu ada usul2 supaya undang2 yang lebih kurang sama diperkenalkan di Malaysia, tetapi tak jadi.

Thursday, March 20, 2008

Dah lulus tapi duit tarak, camno nih?

Keputusan telah dibuat. Selepas mesyuarat hangat terbuka dan kiraan undi ahli majlis di hadapan orang ramai di Majlis Perbandaran Isnin lalu, undi memihak kepada projek stadium jalan Awatea itu dengan mata 12-2 (macam perlawanan sukan lah pulak heheh).

Cuma yang pening-pening sket sekarang ni, projek dah lulus dah dengan anggaran kos $188 juta, tapi masih tak cukup 45.5 juta di pihak Carisbrook Stadium Trust dan $20 juta di pihak Majlis. Mereka kata mereka cukup yakin akan dapat cari duit itu. Sasaran utama : pihak korporat. Risiko.

Nampaknya masa depan projek yang satu lagi: Atrium (pembesaran bangunan majlis perbandaran) kat jalan Harrop mula jadi malap sket. Kumpulan 'Hands Off Harrop' mesti lega besar huhu.

p/s: Projek ni tak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan pusat. Pihak majlis kata kalau minta dana pun takkan sampai ke mana. Macam kecewa dengan kerajaan pusat je hehe.

Salji musim bunga berhampiran terowong Homer

Wednesday, March 19, 2008

Diammu Gunung Berapi

Macam tajuk album kumpulan Exist haha. Tapi ini takde kena mengena dengan Ezad & the gang. Posting ni pasal ketua kerohanian Tibet, Dalai Lama, kumpulan sami, 'rakyat' Tibet dan rusuhan berdarah baru-baru ini. Kata sumber Tibet, pihak berkuasa China, dalam usaha mematahkan rusuhan itu menyebabkan kematian 80 orang dalam rusuhan tersebut.

Dalai Lama menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau mendalangi rusuhan berdarah menuntut kemerdekaan + kempen boikot Olimpik Ogos 2008 (Beijing) di Tibet baru-baru ini. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang spontan, yang dipendam oleh warga Tibet sejak sekian lama hidup dalam suasana yang tidak sama tara dengan warga China yang lain. Sejak China 'menjajah' Tibet pada era 1950-an, Dalai Lama yang hidup dalam 'kerajaan buangan" Tibet sedar bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan daripada China akan menempuh jalan yang sangat sukar, dan sebab itulah beliau hanya gigih memperjuangkan autonomi bagi wilayah Tibet. Itupun tak dapat-dapat sampai sekarang. Tetapi kalau kerajaan China yang ada sekarang terus kekal dengan dasar mesra-Tibet yang diamalkan pada dekad 1980-an dulu, apa yang terjadi sekarang kemungkinan besar tidak akan terjadi.

Kerajaan New Zealand begitu berhati-hati dalam memberikan komen terhadap insiden di Tibet ni. Negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia, mengutuk terang-terangan tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa China terhadap perusuh Tibet. Disebabkan sikap berlembut New Zealand ni, puan PM teruk kena perli; "mentang-mentanglah bulan depan New Zealand akan tandatangan perjanjian FTA dengan China.." Tapi puan PM kata sikap NZ takde kena mengena dengan isu FTA tu. Puan PM boleh menarik nafas lega sebab dalam keadaan diluah mati emak ditelan mati bapak dibiar dalam mulut mati diri sendiri ni, tuan John Key tanpa disangka bagi sokongan moral penuh kat dia. Hmm.

Sukan Olimpik di Beijing dah nak mula bulan Ogos ni. Laluan ke Gunung Everest dari arah China dan Nepal telah ditutup. Masa Olimpik nanti obor katanya akan dibawa naik ke puncak Everest (ni tutup laluan awal2 ni takut ada mamat mana2 letak kain rentang "Boycott Beijing Olympic" atau "Free Tibet" ke? ahakss habis satu dunia nampak masa siaran langsung nanti hehe).

p/s: Mungkin Dalai Lama boleh pinjam formula GAM, bagaimana mereka berjaya mendapat autonomi bagi wilayah Acheh hasil rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia di Finland. Atau Timor2, bagaimana mereka akhirnya mendapat kemerdekaan daripada Indonesia. Atau lebih drastik buat pakatan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain untuk mendapatkan pengisytiharan kemerdekaan kendiri terus macam Kosovo. Cuma yang membezakan Tibet dengan GAM, Kosovo, Palestin, Patani, MILF dsb; Dalai Lama dan orang2 Tibet tiada gerakan bersenjata. Rusuhan baru2 ni pun pakai batu dan kayu je dengarnya. (teringat masa mula2 gerakan Intifadah dulu). Diammu Gunung Berapi.

Gua & tasik Te Anau

Monday, March 17, 2008

Sepandai-pandai tetikus melompat akhirnya jatuh ke pad tetikus juga

Muda lagi, umur baru 18, tapi Owen Thor Walker, remaja dari Whitianga, atau lebih dikenali di dunia siber sebagai Akill, Snow Wyte dan Snow Walker sudah hampir setaraf dengan otai-otai seperti Kevin Mitnick, Adrian Lamo, Count Zero dsb. (Kevin Mitnick dan Count Zero dah insaf. Kevin siap berlakon siri Alias lagi. Si Zero sejak dapat tawaran kerja dengan Microsoft terus hilang daripada dunia penggodaman).

Akill yang dalam ikat jamin sejak November tahun lepas sepatutnya hadir di Mahkamah Daerah Thames Jumaat lepas tetapi ditangguhkan lagi ke 1 April atas sebab-sebab yang tidak mahu didedahkan oleh pihak berkuasa. Hmm. Peguamnya, Tony Balme, pun senyap sunyi. Tunggu hari bicara je lah.

Kenapa saya kata dia hampir setaraf otai? Tengok saja fail pertuduhannya hampir nak pengsan: didakwa mengetuai satu kumpulan penggodam dan penggertak antarabangsa dalam menghasilkan botnet versi mereka sendiri yang mengakibatkan 1.3 juta komputer menjadi zombie, dengan tujuan untuk mencuri nombor kredit kad, dan memanupulasi perniagaan stok. Hampir 18 bulan polis New Zealand menyiasat dan menjejaki beliau dengan kerjasama FBI dan pihak berkuasa Belanda, baru bulan November lepas beliau berjaya ditangkap.

Tuduhan rasmi terhadap beliau di bawah Akta Jenayah-jenayah (Crimes Act) ialah:
-dua dakwaan melakukan capaian kepada komputer untuk tujuan yang tidak jujur, merosakkan atau mengganggu sistem komputer dan memiliki perisian untuk melakukan jenayah.
-dua dakwaan melakukan capaian kepada komputer tanpa kuasa/kebenaran pemilik.

Seramai lapan orang (bukan dari New Zealand) yang terlibat dengan kumpulan tersebut telah didakwa di negara masing-masing, malah ada yang sudah mengaku salah dan disabitkan kesalahan sejak siasatan bermula. Tetapi semua tak sabar nak tengok apa jadi dengan Akill, sebab dia didakwa sebagai mahaguru kepada yang lain.

Cuma yang rasa tak puas hati sebab sindrom "media mudah lupa" mengakibatkan ada media yang menggambarkan beliau sebagai orang pertama yang didakwa di bawah undang-undang jenayah siber New Zealand. Bunyi macam hebat kan. Hello!!! New Zealand belum ada undang-undang jenayah siber yang khusus. Yang ada sekarang ni adalah peruntukan-peruntukan yang menumpang je dalam Akta Jenayah2. Bahagian 10 yang lama (mengandungi seksyen 217 ke 305) digantikan oleh Bahagian 10 yang baru (mengandungi seksyen 217 ke 272), bermula 1 Oktober 2003, menerusi seksyen 15 Akta Pindaan Jenayah 2003 (Crimes Amendment Act 2003 (2003 No 39)). Seksyen 248 – 254 dalam Bahagian 10 yang baru itu dikategorikan sebagai ‘jenayah2 melibatkan komputer’ (crimes involving computers). Pastu laporan bahawa beliau orang pertama didakwa tu pun sindrom melayu mudah opss media mudah lupa juga. Tahun 2004, betul2 selepas Akta Jenayah2 dipinda tahun sebelumnya untuk memasukkan peruntukan2 anti-godaman tu, orang pertama yang kantoi ialah Timothy Molteno, pensyarah Fizik di Universiti Otago. Ni kes balas dendam sebab asalnya dia kerja dengan portal kedai dalam talian “BuyMusicHere” tapi gaduh dengan CEO. Untuk balas dendam, dia godam sehingga merosakkan portal kedai dalam talian tu dengan cara melambatkan operasi pangkalan data mangsa ke tahap pergerakan yang maha lambat ala2 setahap pergerakan siput babi (hat siput babi ni saja tambah bagi nampak efek gempak sket heheh). Cuma tak jadi sensasi macam si Akill ni sebab pensyarah sewel tu mengaku salah. Habis cerita. Lagipun dia bukan remaja 18 tahun.

*botnet: singkatan daripada 'roBOT NETwork'. Merupakan sejenis badware dalam kategori perisian kawalan jauh yang berlegar dalam rangkaian yang telah dijangkiti oleh malware. Ia membolehkan pengendalinya mengawal komputer2 mangsa jangkitan (zombie) mengikut citarasa yang diidamkan oleh pengendalinya.

p/s: Teringat Megat Tulang, penggodam dari Malaysia. Apa khabar beliau agaknya sekarang?

Scientific Reserve berhampiran Kingston

Nak buat ke tak buat

Laporan2 daripada pihak2 yang berkenaan, terutama berkenaan kos kewangan, sudah diterima. Kini sudah sampai kemuncak yang ditunggu-tunggu. Masa untuk Majlis Perbandaran Dunedin buat keputusan rasmi berkenaan projek stadium 'carisbrook baru' di jalan Awatea. Bukan calang2 kos kapitalnya, 188 juta punya projek tu. Awal-awal lagi anggaran $33 juta saja dah diperlukan untuk kos pengambilan tanah. (peminat2 fanatik ragbi dengar cerita tak redha Majlis jual stadium Carisbrook yang asal untuk tampung kos pengambilan tanah ni. Nilai sentimental la katakan)

Keputusan yang dibuat, sama ada teruskan atau tidak, akan juga memberikan maksud tersirat kepada projek pembesaran bangunan Majlis Perbandaran di sebelah jalan Harrop.

p/s: Yang membuatkan ramai pelancong hangin satu badan ialah promosi Taman Bunga Cina yang sudah masuk dalam brosur dan pamplet dengan ayat 'dibuka pada bulan Februari 2008'. Sampai2 tak buka lagi. Apa cerita?

rasmi Al qaeda yang digunakan oleh komuniti al qaeda untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Sunday, March 16, 2008

Iklan dari Malaysia Sket: DEB dan DPN

Sepatutnya blog ni untuk berita2 dari dunia selatan je. Tapi perkembangan selepas PRU 12 sekarang ni buat saya gatal tangan nak menulis sket pasal Malaysia.

Yang saya paling keliru, pening, tak dapat nak faham ialah ura-ura penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, surat2 pembaca dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menentang penghapusan DEB oleh kerajaan negeri itu dan terkini demonstrasi di Pulau Pinang terhadap ura-ura penghapusan dasar itu.

Pelik bin ajaib.

Setahu saya DEB sudah pun dihapuskan pada tahun 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional. Tujuan asal DEB diperkenalkan pada zaman Tun Razak ialah untuk memastikan keseimbangan ekonomi antara kaum, dan untuk merawat hati masyarakat yang terluka selepas peristiwa 12 Mei 1969.

Lebih kurang 20 tahun masa DEB berjalan sehinggalah pada tahun 1990 kerajaan memutuskan bahawa jurang ekonomi antara kaum sudah stabil, lantas DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan kesinambungan kepada DEB tetapi atas dasar yang lebih menyeluruh kepada semua kaum.

Cuma apabila Datuk Seri Abdullah menjadi PM pada tahun 2004 dan saudara Khairy pula dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO, dalam perhimpunan agung UMNO yang pertama sejak Paklah menjadi Perdana Menteri, timbul usul daripada ucapan saudara Khairy agar DEB diperkenalkan semula kerana jurang ekonomi antara kaum mula menjadi ketara semula.

Ada ura-ura pihak kerajaan ingin mengkaji semula sama ada DEB perlu dihidupkan kembali tetapi tiada sebarang keputusan rasmi dibuat oleh kerajaan berhubung perkara itu.

Sebab itulah bila Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan media ingin menghapuskan DEB, dan surat2 pembaca dan demonstrasi pula menentang beliau, saya jadi pelik bin ajaib. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku ni? Penulisan semula sejarah ke? Takkan pemimpin politik macam Guan Eng, penulis2 surat pembaca dalam Utusan dan peserta2 demonstrasi boleh terlupa pasal DPN dan dok rasa DEB wujud lagi? Ke Guan Eng sebut lain tapi media salah lapor? Wallau a'lam. Saya tak berani buat apa-apa rumusan selagi saya belum baca teks penuh ucapan Ketua Menteri baru tu.

Saudara Khairy mesti garu kepala dengan perkembangan terbaru ni. Sah dalam hati dia dok kata,"sebelum ni aku sana-sini dok berucap berdegar2 pasal keperluan mewujudkan semula DEB tak confirm2 dapat lagi, siap hunus2 keris lagi; ini yang diaorang dok sibuk2 sekarang ni DEB yang mana pulok?"

p/s: Daripada mana la agaknya Tokmun dapat teori jangan sokong PAS nanti PAS jual negara kat Jepun sebab bendera PAS macam bendera Jepun tu? Saya ketawa guling2 baca temuramah wartawan dengan Tokmun tu.

Saturday, March 15, 2008

Berhati-hatilah!

Antara kes-kes jenayah semasa yang menyesakkan saya:

Suatu hari di bulan September tahun lepas, perompak amateur dengan modus operandi yang sangat kebudak-budakan mencuba nasib di bank-bank sekitar Dunedin. Tak dapat satu bank, cuba bank lain. Boleh main pilih2 pulak. (tapi yang saya kesian ialah lelaki dari Caversham yang kena belasah depan anak isteri semasa dirompak betul2 depan mesin ATM Januari lepas).

Suatu hari di bulan November tahun lepas, semasa seorang pelajar universiti Otago sedang berjalan sepanjang George St-Princess Street untuk balik ke rumah, seorang lelaki gondrong cuba mengorat dan berjalan bersamanya. Kemudian dia ditarik masuk oleh lelaki itu ke tempat letak kereta berhampiran Rattray Street dan dirogol.

Suatu hari juga di bulan November tahun lepas, Emma Agnew, gadis pekak dari Christchurch yang hilang lebih seminggu akhirnya ditemui mati dibunuh di Spencer Park.

Suatu hari di bulan Januari, Micheal Hutchings yang hilang beberapa hari akhirnya dijumpai mati terdampar terikat ke besi pemberat di dasar sungai Clutcha.

Paling hampes insiden baru-baru ini, 'calon' perompak menggugut pekedai Regent Night ’n Day Foodstore dengan pemutar skru, dan kemudian apabila dicabar balik dengan bangangnya membuka hood sehingga menyerlahkan mukanya dirakam CCTV, dan kemudian lari dengan tangan kosong. Apa kes punya calon perompak.

Paling saya hangin satu badan bila si 'bloody animal' kembali beraksi di Waiatarua Reserve, Auckland bulan ni. Kali ni mangsanya seorang makcik berusia 63 tahun yang sedang bersantai menunggang basikal. Dia tumbuk, tolak makcik tu masuk sungai bawah jambatan lepas tu dia hempas pulak basikal daripada atas jambatan hempap kawan tu. Nasib baik tak mati lemas. Dah ada dua tiga insiden dah bulan Januari lepas dekat2 lokasi yang sama. Obses betul mamat yang masih belum ddapat dijejaki oleh polis ni dengan lokasi dia.

Paling saya rasa sadis pula ialah kes rakyat New Zealand yang ditahan di Amerika Syarikat baru-baru ni kerana menyimpan mayat kekasihnya dalam tong ais. Dia tak mengaku bunuh, tapi mengaku simpan mayat dalam ais atas alasan agama. Apa punya agama pun taktau la.

Bagi masyarakat Universiti Otago, yang paling sensasi tentu sahaja kes pembunuhan Sophie Elliott, pelajar Fakulti Ekonomi, pada Januari lalu, kerana yang dituduh di mahkamah ialah Clayton Robert Weatherston, tutor daripada fakulti itu merangkap bekas teman lelaki mangsa. Sesetengah blog siap buka forum membincangkan kes ini dengan terperinci lagi, satu tindakan yang bersalahan dengan undang-undang di New Zealand, kerana sama seperti negara2 Komanwel yang lain, di sini ada undang-undang penghinaan mahkamah (contempt of court) yang melarang sebarang kes yang sedang berjalan di mahkamah daripada dibincangkan secara terperinci aspek bahan keterangannya sehingga mendatangkan nama buruk kepada individu yang belum tentu lagi bersalah (inilah yang membezakan kita di Malaysia, New Zealand dan negara2 Komanwel yang lain dengan Amerika Syarikat).

p/s: Tapi semua kes di atas tak boleh lawan populariti kes Tame Iti, Yin Xue dan si 'selebriti, David Bain. Tak sabar tunggu apa yang akan berlaku sepanjang perbicaraan mereka.

Lebuhraya di sisi tasik Wakatipu

Friday, March 14, 2008

Ada apa dengan David Bain

Sebelum tiba di New Zealand pada Ogos tahun lepas, memori perundangan saya terhadap negara ini didominasi oleh ingatan saya terhadap David Bain. Kes beliau merupakan kes jenayah yang melekat di fikiran saya sejak tahun 1995, kerana banyak insiden-insiden yang menarik perhatian dunia perundangan Komanwel pada masa itu dalam kes tersebut.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi hanya memakan masa tiga minggu. Walaupun gagal dalam rayuan ke Mahkamah Rayuan, malah Privy Council sendiri enggan mendengar rayuan beliau, beliau berusaha mendapatkan pengampunan Governor-General yang menghasilkan sesuatu yang beliau tidak duga: Kementerian Keadilan yang dirujuk oleh Governor-General mendapati terdapat kesilapan perlaksanaan keadilan dalam kesnya yang membuka ruang untuk rayuan semula di Mahkamah Rayuan. David tak lepas peluang lantas terus membuat rayuan kedua ke Mahkamah Rayuan tetapi tetap gagal. Namun beliau merayu lagi ke Privy Council dan hasilnya, sabitan beliau dihapuskan dan Mahkamah Tinggi diarahkan oleh Privy Council untuk membuat perbicaraan semula. Semasa saya tiba di sini Ogos lepas, beliau baru sahaja bebas dengan ikat jamin hampir tiga bulan sudah, sejak 15 Mei 2007 sementara menunggu perbicaraan yang baru pada 5 Mei depan. Tunggu dan lihat.

Sementara tunggu kes David, boleh la layan kes Nai Yin Xue di Mahkamah Daerah, Auckland. (Pehal makin kerap kes2 bunuh anggota keluarga sendiri nih?)

* Privy Council = mahkamah rayuan tertinggi untuk negara-negara Komanwel, dianggotai oleh hakim2 otai dari House Of Lords, mahkamah rayuan tertinggi di United Kingdom. Antara negara yang sudah memansuhkan sistem rayuan ke Privy Council ialah Canada, Australia, Hong Kong (kerana penyerapan Hong Kong ke dalam negara China pada 1997), Malaysia, Singapura, negara-negara di kepulauan Carribean dan New Zealand. Rayuan ke Privy Council dari New Zealand hanya dimansuhkan pada tahun 2003, dan terpakai untuk kes-kes yang pertama kali dibawa ke mahkamah pada tahun 2003 dan ke atas, selaras dengan prinsip undang-undang jenayah yang tidak boleh dikuatkuasakan ke belakang. (tanpa prejudis) Kalaulah New Zealand sudah memansuhkan sistem rayuan kes jenayah ke Privy Council lebih awal seperti yang dilakukan oleh Malaysia pada 1978, David sudah berada dalam penjara sekarang (sabitan beliau yang dihapuskan oleh Privy Council ialah 12 tahun penjara). (tanpa prejudis)

p/s: Minat David Blaine dan David Copperfield. Alang Alcatraz pun ulam saja, inikan pula penjara di New Zealand, kan David (Copperfield)?



Deer Park Heights

Thursday, March 13, 2008

Kalau si mati boleh memilih...

Sejak akhir-akhir ini kejadian 'culik' mayat semakin kerap berlaku di sini. Tidak, tidak, bukan untuk tujuan perniagaan organ, tetapi lebih kepada obsessi rasa kebermilikan terhadap jasad si mati oleh individu-individu yang merasakan mereka berhak menyempurnakan perjalananan terakhirnya dengan cara yang mereka anggap dia pasti akan relakan andaikata si mati itu mampu berkata-kata.

Konflik ini berlaku apabila si mati menghembuskan nafas terakhir tanpa meninggalkan sebarang wasiat. Maka siapa yang berhak menentukan cara bagaimana dia disemadikan? Tentu sahaja daripada segi konvensyennya terletak pada waris terdekat, tetapi masyarakat yang sudah bercampur darah ini kadang-kadang mendorong perlakuan yang lain. Maka timbullah tuntutan-tuntutan bahawa si mati milik iwi tertentu, milik komuniti tertentu, untuk marae tertentu dan sebagainya.

Puan PM sudah menegaskan bahawa jasad manusia bukan 'harta', akan tetapi buat masa ini tiada sebarang keperluan untuk memperkenalkan suatu undang-undang khusus untuk menangani perkara berkenaan. Ini kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi, hanya prosedur sahaja yang perlu dikemaskan. Terutama prosedur penyerahan mayat oleh pihak hospital kepada mereka yang berhak. Ada cadangan oleh Pemangku Ketua Koroner untuk pinda saja Akta Koroner untuk kemaskan prosedur-posedur itu. Tunggu dan lihat saja nanti respon Kementerian Keadilan.

p/s: Teringat kisah klasik Dalip Kaur, kisah moden Moorty wira Everest dan kisah Nyonya Tahir.


Tasik Wakatipu dari puncak Skyline

Blokette & It Girl

Budaya Blokette yang semakin menjadi-jadi di New Zealand sekarang ini sangat tidak menyenangkan hati pejuang wanita di sini. Tambahan pula dalam suasana sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2008, golongan wanita di New Zealand menjadi mangsa perli disebabkan keputusan kajian global Durex 13 Oktober 2007 lalu yang menyenaraikan wanita di sini sebagai wanita paling gatal dan miang di dunia (most promiscuous women).

Kalau ikut laporan kajian tu nampaknya status 'negara yang paling takut kepada Tuhan' ini sudah hampir pupus.

Saya tidak tahu apakah kayu ukur yang dipakai oleh Durex dalam kajian mereka, sama ada berdasarkan kajian menyeluruh atau hanya pada dasar sahaja. Tapi bila sampai kepada media, perkara ini memang akan sangat disensasikan. Boleh lawan obsesi terhadap kisah2 It Girl macam Paris, Lindsay dan Britney dalam majalah People dsb.

Puan PM, walaupun sangat kurang senang dengan laporan itu, tetapi tidak menafikan budaya blokette yang semakin menular.

Seperti biasa, budaya bloke agak kurang disensasikan. Suatu yang sudah jadi lumrah, wanita akan sering menjadi mangsa serangan sensasi berbanding lelaki. Bila River Phoenix, Kurt Kobain, Heath Ledger dsb meninggal, kisah2 sensasi hanya bertahan satu atau dua bulan. Bila Anna Nicole Smith meninggal, sampai ke hari cerita mengumpat tak habis lagi. Kisah Puff Daddy belasah orang tidak sesensasi kisah Bjork serang wartawan Kiwi. Kisah anti-semantik Mel Gibson yang sikit punya otai pun tak mampu nak lawan kisah peribadi Britney.

p/s: Di Malaysia sambutan Hari Wanita ini tenggelam dalam suasana PRU 12 yang dibuat pada hari yang sama.



Tasik Wakatipu

Saturday, March 8, 2008

Permintaan Tame Iti

Tame Iti menuntut supaya semua dokumen keterangan yang ingin digunakan oleh pihak pendakwaraya terhadapnya diterjemah sepenuhnya ke Bahasa Maori. Suatu tuntutan yang pastinya akan membawa pendakwa kepada permohonan penangguhan perbicaraan.

Tiada yang salahnya tuntutan sedemikian. Dalam mana-mana proses kehakiman, yang tertuduh tidak boleh disabitkan kesalahan tanpa didengari. Dan sesi pendengaran yang adil menuntut kefahaman yang jelas oleh tertuduh akan kes yang dibawa terhadapnya. Bukannya Tame Iti tak faham Bahasa Inggeris, tetapi jika beliau merasakan terjemahan dokumen akan lebih memberikan kefahaman yang selesa kepadanya, itu satu hak yang tidak boleh dipandang ringan. Walau bagaimana bahaya Tame Iti di mata kerajaan, beliau wajib diberikan peluang untuk satu perbicaraan yang adil.

Sama juga keadaannya di Malaysia. Yang tertuduh dan saksi wajib disoal, disoalbalas, disoal semula dalam bahasa yang beliau faham dan selesa. Inilah puncanya polarisasi menjadi lumrah dalam mana-mana firma guaman yang ingin terus kekal bernafas.

p/s: Tame Iti kata Moko di mukanya membawa maksud 'masa hadapan New Zealand'. Masa hadapan yang bagaimana? Mungkin Tuan John Key faham, maklumlah mereka bukan main mesra di Te Tii Marae semasa hari Waitangi. Siap hongi lagi.



Glenorchy

Monday, March 3, 2008

Berdoalah!

Saya melihat kenyataan akhbar oleh Abrahamic Interfaith Group, Dunedin (gabungan ketua agama Islam, Kristian dan Yahudi Dunedin) yang mempertahankan tradisi bacaan doa setiap kali mesyuarat Majlis Perbandaran Dunedin tepat pada masanya. Walau bagaimana marah sekalipun sesetengah orang terhadap pentadbiran Tuan Peter Chin dan AJK Perbandarannya, bacaan doa bukanlah satu isu yang perlu disensasikan.

Memang sudah jadi tradisi bukan sahaja di mesyuarat Majlis Perbandaran, malah di peringkat Parlimen turu dimulakan dengan doa. Di Dunedin lebih unik sebab wakil agama berbeza dijemput melakukan bacaan doa ini setiap kali mesyuarat. Tradisi ini dimulakan sejak zaman puan Sukhi Turner lagi. Bulan lepas, Shaik Gomal, Imam Masjid Dunedin yang bacakan.

p/s: New Zealand pernah mencatat jumlah penganut 'agama' Jedi terbesar di dunia pada tahun 2001, dengan sebahagian besarnya berpusat di Dunedin. Nasib baik penganut 'agama' Jedi dah menurun sejak lima tahun kebelakangan ni dan nasib baik jugalah kerajaan New Zealand masih waras dengan tidak mengiktiraf 'agama' Jedi sebagai satu agama. Kalau tak pening kepala Tuan Peter Chin nak layan kalau mereka persoal kenapa wakil mereka tak dijemput baca doa dalam mesyuarat majlis. Macam mana lah agaknya gaya bacaan doanya ya? Mesti siap pakai kostum Jedi dengan light saber lagi.

*'agama' Jedi adalah satu pegangan oleh mereka yang terlalu obses dengan filem dan novel StarWars. Satu pegangan yang percaya kepada kewujudan sumber tenaga alam semesta yang digelar 'the force', tenaga yang jika berjaya dikuasai oleh seorang invividu mampu menjadikan beliau seorang insan yang sangat hebat cth. Master Yoda. Tetapi jika gagal dikawal akan memakan diri menjerumuskan individu itu ke arah kejahatan dan kegelapan (dark side) cth. Darth Vader.



Arrowtown

Saturday, March 1, 2008

Selamat Tinggal Sir Ed!

Stesen TV, radio dan media tempatan tidak henti-henti menyiarkan berita terkini dan memberikan ulasan sejak wira Everest kembali ke negeri abadi hari ini (Jan 11 2008). Kehilangan Sir Ed amat sukar dicari ganti.

Cuma agak terkilan kerana golongan diraja Britain tidak hadir memberikan penghormatan terakhir kepada beliau semasa beliau disemadikan pada 22 Januari lalu. Semasa puncak kegemilangan beliau dan mendiang Tenzing Norgay menawan puncak Everest tahun 1953 dulu, berdegar-degar Britain tumpang sekaki. Maklumlah pada masa itu parlimen Britain masih berkuasa terhadap penggubalan undang-undang di sini.

Hari ini 29 Februari abu mayat Si Ed ditaburkan serata Auckland Hauraki Gulf. Semoga Himalayan Trust di Nepal tidak berkubur bersama beliau. Mereka yang mewarisinya harus terus memastikan kebajikan golongan Sherpa terjamin.

p/s: Teringat kisah sedih Moorty wira Everest.



Tasik Dunstan