Friday, August 29, 2008

Pemanas gelanggang sebelum PRU

Hoho akhbar sejak dua tiga hari ni berita muka depan mesti tak lari daripada telenovela tuan Winston Peters kita @ presiden New Zealand First. Macam selebriti lah pulak. Akhirnya sebab tak tahan dengan tekanan atas bawah depan belakang, tuan Winston Peters kita pasrah juga. Beliau secara rasmi telah merelakan diriinya digantung sementara daripada jawatan Menteri Luar dan portfolio 2 lain sementara menunggu hasil siasatan SFO (Serious Fraud Office). Puan PM sekarang memangku semua jawatan tu. Kalau Peters bersih, dia akan kembali memegang jawatan2 tu.

Semua ni ibarat pemanas gelanggang sebelum PRU tahun ni hehe.

Tuan Key @ Presiden National @ ketua pembangkang awal-awal lagi dah cakap kalu katakan National menang pilihanraya umum tahun ni, dia takkan buat pakatan dengan New Zealand First. Puan PM mula2 memang dalam dilema; nak tekan Peters tak buleh sebab dia perlukan undian daripada penyokong2 New Zealand First untuk memastikan Labour terus berkuasa dalam pilihanraya kali ni; tak tekan Peters pun tak buleh juga sebab nanti rakyat kata Labour pun bersubahat sama dengan 'kes' tuan Peters kita ni. Tapi lepas dah bincang hati ke hati dengan Peters, 'penggantungan' itu nampaknya jalan terbaik buat jangka hayat Labour dan pakatannya dengan New Zealand First.

Tunggu dan lihat je lah keputusan siasatan SFO. Ni yang akan menentukan talian hayat tuan Winston Peters dalam karier politik di New Zealand ni.

p/s: Bila tengok stail tuan Key sekarang bercakap berdegar2 di Parlimen pasal korupsi oleh kerajaan, terbayang2 pulak stail DSAI masa bidas rang2 undang2 DNA di Parlimen Malaysia semalam. Omong2 nih, tahniah menang PRK Permatang Pauh dan kembali semula ke Parlimen selepas 10 tahun.

Di puncak Gunung Cargill berlatar belakang Blue Skin Bay-Waitati-Warrington

Friday, August 22, 2008

Jalan pintas

Suka tak kalau kat New Zealand ni, kita tak payah nak berjalan kaki pusing keliling sikit punya jauh nak ke satu destinasi perlancongan (sebab kalau nak ikut jalan pintas alamatnya kena minta izin dengan tuan tanah @ ladang besar kemain sejauh mata memandang)? Padahal destinasi tu dalam peta nampak dekat je dari jalan utama, cuma tak buleh nak terus pintas masuk sebab akan didakwa menceroboh tanah orang. Faham2 sajalah, kat sini biasanya kawasan2 tu akan diapit oleh tanah2 ladang yang bukan kecil keluasannya.

Kalau suka, berdoalah beramai2 agar rang Undang-undang Walking Access yang sedang dibentangkan di sarang lebah @ beehives @ Parlimen New Zealand berjalan lancar dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan seterusnya cepat2 diluluskan.

Rang undang2 ni, kalau diluluskan, akan memberi kuasa kepada satu badan baru yang diberi nama Suruhanjaya Walking Access, yang akan bertanggungjawab mengenal pasti laluan2 pintas untuk kemudahan orang ramai, dan bekerjasama dengan tuan2 tanah agar membuka sikit ruang dalam tanah mereka supaya orang ramai boleh tumpang lalu. Tanah yang diperuntukkan itu tetap milik tuan tanah, cuma dia kasi kita tumpang lalu je. Kalau kat Dunedin ni, contoh terbaik yang terang lagi bersuluh ialah laluan pintas ke Tunnel Beach melintasi ladang biri-biri (yang ni dulu hasil perbincangan Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Dunedin dsb dengan tuan tanah). Dengan adanya suruhanjaya baru ni, harap2nya seragam dan selaras la sikit.

Cuma kena sendiri mau ingat aaa, kalau masa dok tumpang lalu tanah orang yang telah diisytiharkan oleh suruhanjaya tu nanti, orang yang lalu tu mengalami kecederaan atau apa2 kerugian, tuan tanah tak bertanggungjawab. Dia sediakan tanah je.

p/s: Kalu kat Malaysia kita pakai konsep easement dalam Kanun Tanah Negara. Yang ni dasyat sikit. Kalau orang dok lalu lalang buat jalan pintas dalam tanah kita, pastu kita pulak dok senyap ja tak kata apa2 pun, lepas 10 tahun kalau kita tetiba nak halang mereka lalu, mereka ada hak untuk mengekalkan laluan tersebut kalau laluan alternatif mendatangkan kerugian kepada mereka. Kalau kita nak halang jugak, kita yang kena bayar ganti rugi kepada mereka. Dalam undang2 kita ada satu konsep "equity does not assist someone who sleeps over his rights".

Laluan ihsan merentasi ladang ke Tunnel Beach

Wednesday, August 20, 2008

Nasyid dulu dan sekarang

Komen saya di blog Muzik itu Ibadah

"Saya setuju benar dengan artikel ni. Cuma nak tambah sikit pandangan peribadi kenapa dulu pada era hujung 80-an dan awal 90-an majoriti kumpulan nasyid di Malaysia tak guna alat muzik lain selain daripada kompang, gendang dan alat2 perkusi yang lain.

Puncanya ialah pengaruh dan populariti nasyid2 Al Arqam.

Jika kita sorot kembali populariti lagu2 nasyid sebelum kemunculan nasyid2 arqam, alat muzik yang diketengahkan adalah sama seperti alat muzik yang digunakan oleh hampir semua kumpulan nasyid zaman sekarang iaitu gitar, keyboard dsb. Bezanya cuma majoriti kumpulan nasyid zaman sebelum nasyid arqam tu adalah wanita, dan irama lebih menjurus kepada padang pasir, kecuali kumpulan Al Jahawer yang menerapkan unsur2 pop.

Tapi bila gerakan Al Arqam mula menjadikan nasyid sebagai salah satu wadah perjuangannya, ia perlukan satu bentuk pendekatan muzik yang lain daripada arus perdana untuk menangkap minat masyarakat. Jadi muncullah nasyid tanpa muzik dalam album2 seperti Kelahiran dsb.

Pada awalnya hanya suara vokal dan diikuti dengan suara ramai, tetapi lama kelamaan nasyid tanpa muzik ini mula didokong oleh alunan2 suara latar dengan harmoni yang tersusun.

Kemudian kompang masuk dalam album2 seterusnya, diikuti pula dengan programming perkusi yang lain dengan menggunakan peralatan2 seperti drum machine, sampler dsb.

Walau bagaimanapun, side drum tidak digunakan atas alasan haram.

Malah lagu2 yang agak moden dan tidak mendapat restu pimpinan Arqam turut ditarik balik. Lihatlah pada nasib yang dialami oleh lagu 'Hidden Beneath' dendangan the Zikr feat. Farihin dalam album Munajat. Cetakan kedua album ini menyaksikan lagu itu digantikan dengan rakaman baru lagu 'Sunnah Berjuang'.

Album Munajat meletup, dan kumpulan The Zikr yang turut diperkenalkan dalam album ni mendapat perhatian.

Pada masa itu kita boleh lihat kumpulan2 nasyid sekolah, universiti dsb berlumba2 nak jadi macam Nada Murni / The Zikr. Hasilnya macam2 album dikeluarkan dengan konsep muzik yang sama: nasyid dengan iringan alat perkusi.

Pada masa itu hampir semua penasyid sekolah, kolej dan universiti berpegang teguh kepada konsep nasyid yang dipelopori oleh Al arqam ini, sehingga sesiapa yang cuba menggunakan alat muzik moden dalam lagu2 nasyid dianggap sesat.

Malah bila kumpulan Suara Hati dan Bangsar Boys buat perubahan sikit pada peralatan muzik yang digunakan pun ada yang bising.

Tapi bila Arqam terkubur, semuanya berubah.

Tapi perubahan itu tak mendadak sebab bukan senang nak mengembalikan minda orang yang dah terbiasa dengan 'kehalalan' muzik nasyid ala arqam kembali semula kepada 'kehalalan' muzik nasyid sebelum zaman al arqam.

Jadi mula2 kumpulan2 nasyid ni, terutama sekali kumpulan Mirwana mula mengetengahkan muzik nasyid 'halal' bentuk baru iaitu gunakan segala bentuk alat muzik asalkan tidak bertali dan bertiup.

Maka lahirlah album2 nasyid dengan logo 'neither string nor wind instruments are used'. Hakikatnya, muzik yang dihasilkan itu menggunakan keyboard sepenuhnya. Jadilah muzik yang kedengaran itu seperti biola tetapi bukan biola, seperti gitar bass tetapi bukan gitar bass dsb.

Apa yang berlaku selepas itu rasanya semua dah tahu. Mula2 ada juga yang bising kenapa kumpulan UNIC pakai gitar tapi selepas itu semua senyap.

Dan akhirnya pada hari ini nasyid kembali semula kepada status quo sebelum zaman nasyid2 arqam.

Jadi pandangan peribadi saya, faktor Abuya memainkan peranan yang penting kenapa kumpulan nasyid hujung 80-an dan awal 90-an hanya berpegang kepada nasyid dengan peralatan perkusi yang terhad.

Melodi nasyid memang berevolusi, tetapi peralatan muziknya tidak berevolusi; ia hanya kembali semula kepada kedudukan asal seperti zaman sebelum nasyid2 al arqam.

Alasan kumpulan2 nasyid bahawa mereka berubah daripada segi pendekatan peralatan muzik kerana menyedari wujud khilaf dalam pandangan ulama berkenaan alat muzik hanya alasan sampingan semata2. Alasan utama yang sebenar ialah: mereka kini bebas untuk mengekperimentasikan muzik mereka kerana tiada lagi 'orang atas' yang akan memantau penggunaan peralatan muzik mereka. Maklumlah hampir semua kumpulan nasyid yang popular di Malaysia ni sebelum ini berasal usul daripada al arqam atau bergurukan individu dari al arqam. Wallahu a'lam."

pergh! awal 90-an punya foto nasyid beb!

Monday, August 18, 2008

Kelincahan tuan Kunci dan kelicikan kuda Trojan

Perghh bukan main lincah lagi bak lipas kudung Tuan Kunci kita @ John Key @ presiden parti Nasional @ yang menyimpan harapan tinggi menggunung nak jadi PM, masa dia datang berkempen kat Dunedin baru-baru ni. Siap tawaf George Street masuk ronda2 Meridian Mall lagi. Lagi dasyat masa masuk kedai gunting rambut siap boleh tolong jawab telefon bagi pihak tuan kedai atur temujanji dengan pelanggan yang nak datang bergunting lagi.

Tapi yang kurengnya ucapan berdegar2 dia tanpa teks mula2 nampak dasyat tapi lepas tu yang mendengar mula terasa dejavu, terutama sekali wartawan2 yang buat liputan masa dia berceramah kempen kat Auckland hari tu. Mana tak dejavu, ucapan kitar semula beb, pari materia lagi (sebijik2 perkataan dihafal daripada teks ucapan masa kat Auckland). Apa punya turr ni tuan Kunci!

Kepakaran tuan Kunci masa jawab soalan wartawan sama saja macam ahli2 politik yang lain: lain ditanya lain yang dijawab. Kalau ditanya soalan yang jawapan akan kena batang hidung sendiri, mahir memanipulasikan jawapan sehingga orang ramai hilang terus tumpuan kat persoalan dalam soalan tapi jadi teruja pulak dengan jawapan yang menutup jawapan yang sepatutnya. Yang ni tuan Winston kita lagi mahir la kot hehe.

Antara soalan2 panas ialah isu Kiwibank. Ini semua berpunca dari tuan Inggeris (Mr. English), orang kamcing tuan Kunci yang capoi mulut dok sembang pasal nak jual Kiwibank kalau parti National menang pilihanraya nanti. Kecapoiannya itu sebab masa dia tengah borak tu dia berada dalam majlis makan2 anjuran Parti Nasional, jadi dia dok ingat apa yang dia borak tak lepas la keluar. Malangnya ada pulak kuda trojan kat dalam tu. Esok harinya pita rakaman kata2 dia dah sampai ke tangan media. Lepas tu sekejap saja dah masuk rangkaian internet. Huhu. Siapa la agaknya kuda trojan dalam Parti Nasional ya? (masa ni terbayang muka Ezam M. Noor & Abd Ghani Haron kejap hoho)

p/s: ada sorang kawan Kiwi saya kata: "Daripada hidup di bawah parti Nasional, lagi baik kami orang2 Kiwi berhijrah beramai2 ke Australia jadi orang asli kat sana." Ni bukan saya yang kata, kawan saya yang kata huhu.

foto yang paling saya suka, sebab imej Echo kat atas bangunan dalam Christchurch Art Centre tu nampak macam lukisan timbul dari langit. Cayalah Neil Dawson!

Friday, August 1, 2008

Ucaplah alhamdulillah syukur kita kepada Allah..

hehe mimpi la korang nak tawan pasaraya pujaan den nih hoho

Alhamdulillah pasaraya pujaan ramai (hehe) the Warehouse gagal ditawan oleh dua gergasi pasaraya runcit di New Zealand, Progressive Enterprises (Countdown, Fresh Choice, Supervalue, Woolworths dan Foodtown) dan Foodstuffs (Pak N Save, New World dan 4Square) walaupun masing-masing ada saham seorang sikit dalam perniagaan pasaraya Warehouse. Lelongan pengambilahan tidak dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lepas, sekaligus mengembalikan status quo kepada keputusan Suruhanjaya Perdagangan yang memihak kepada aspirasi orang ramai, yakni kewujudan Warehouse secara solo sebagai alternatif ketiga akan mewujudkan persaingan sihat dan membantu memastikan harga barang keperluan asas di semua pasaraya terus berada di paras yang mampu beli oleh hamba rakyat.

Tengoklah dalam masa 20 hari ni diaorang nak fail rayuan ke Mahkamah Agung pulak ke tak. Harap-harap 20 hari berlalu tanpa sebarang fail rayuan diterima oleh Mahkamah Agung. Tapi kalau rayuan dibuat jugak, kita hanya mampu berdoa agar Mahkamah Agung memihak kepada keputusan Mahkamah Rayuan.

Pelik kan, perniagaan Warehouse bukanlah gempaq tera mana tapi masing-masing bersaing berebut nak tawan Warehouse. Hehe lepas kerajaan dah tandatangan FTA nih semua pakat nak monopoli pasaran barang buatan China pulak ke nih?

p/s: Teringat muka masam Bill Gates masa mahkamah putuskan untuk pecahkan monopoli Microsoft dalam perisian Microsoft Windows. Kalu tak hari ni takdo harapan la perisian2 lain yang tak mesra Microsoft (atau lebih tepat lagi tak kamceng dgn Bill Gates) nak beroperasi dengan 'selamat' dalam persekitaran Windows. Tengokla apa jadi kat Netscape. Nasib baik jugak la ada geng2 Richard Stall di persekitaran Linux dan perisian sumber terbuka ada.