Thursday, March 13, 2008

Blokette & It Girl

Budaya Blokette yang semakin menjadi-jadi di New Zealand sekarang ini sangat tidak menyenangkan hati pejuang wanita di sini. Tambahan pula dalam suasana sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2008, golongan wanita di New Zealand menjadi mangsa perli disebabkan keputusan kajian global Durex 13 Oktober 2007 lalu yang menyenaraikan wanita di sini sebagai wanita paling gatal dan miang di dunia (most promiscuous women).

Kalau ikut laporan kajian tu nampaknya status 'negara yang paling takut kepada Tuhan' ini sudah hampir pupus.

Saya tidak tahu apakah kayu ukur yang dipakai oleh Durex dalam kajian mereka, sama ada berdasarkan kajian menyeluruh atau hanya pada dasar sahaja. Tapi bila sampai kepada media, perkara ini memang akan sangat disensasikan. Boleh lawan obsesi terhadap kisah2 It Girl macam Paris, Lindsay dan Britney dalam majalah People dsb.

Puan PM, walaupun sangat kurang senang dengan laporan itu, tetapi tidak menafikan budaya blokette yang semakin menular.

Seperti biasa, budaya bloke agak kurang disensasikan. Suatu yang sudah jadi lumrah, wanita akan sering menjadi mangsa serangan sensasi berbanding lelaki. Bila River Phoenix, Kurt Kobain, Heath Ledger dsb meninggal, kisah2 sensasi hanya bertahan satu atau dua bulan. Bila Anna Nicole Smith meninggal, sampai ke hari cerita mengumpat tak habis lagi. Kisah Puff Daddy belasah orang tidak sesensasi kisah Bjork serang wartawan Kiwi. Kisah anti-semantik Mel Gibson yang sikit punya otai pun tak mampu nak lawan kisah peribadi Britney.

p/s: Di Malaysia sambutan Hari Wanita ini tenggelam dalam suasana PRU 12 yang dibuat pada hari yang sama.



Tasik Wakatipu

No comments: