Saturday, March 15, 2008

Berhati-hatilah!

Antara kes-kes jenayah semasa yang menyesakkan saya:

Suatu hari di bulan September tahun lepas, perompak amateur dengan modus operandi yang sangat kebudak-budakan mencuba nasib di bank-bank sekitar Dunedin. Tak dapat satu bank, cuba bank lain. Boleh main pilih2 pulak. (tapi yang saya kesian ialah lelaki dari Caversham yang kena belasah depan anak isteri semasa dirompak betul2 depan mesin ATM Januari lepas).

Suatu hari di bulan November tahun lepas, semasa seorang pelajar universiti Otago sedang berjalan sepanjang George St-Princess Street untuk balik ke rumah, seorang lelaki gondrong cuba mengorat dan berjalan bersamanya. Kemudian dia ditarik masuk oleh lelaki itu ke tempat letak kereta berhampiran Rattray Street dan dirogol.

Suatu hari juga di bulan November tahun lepas, Emma Agnew, gadis pekak dari Christchurch yang hilang lebih seminggu akhirnya ditemui mati dibunuh di Spencer Park.

Suatu hari di bulan Januari, Micheal Hutchings yang hilang beberapa hari akhirnya dijumpai mati terdampar terikat ke besi pemberat di dasar sungai Clutcha.

Paling hampes insiden baru-baru ini, 'calon' perompak menggugut pekedai Regent Night ’n Day Foodstore dengan pemutar skru, dan kemudian apabila dicabar balik dengan bangangnya membuka hood sehingga menyerlahkan mukanya dirakam CCTV, dan kemudian lari dengan tangan kosong. Apa kes punya calon perompak.

Paling saya hangin satu badan bila si 'bloody animal' kembali beraksi di Waiatarua Reserve, Auckland bulan ni. Kali ni mangsanya seorang makcik berusia 63 tahun yang sedang bersantai menunggang basikal. Dia tumbuk, tolak makcik tu masuk sungai bawah jambatan lepas tu dia hempas pulak basikal daripada atas jambatan hempap kawan tu. Nasib baik tak mati lemas. Dah ada dua tiga insiden dah bulan Januari lepas dekat2 lokasi yang sama. Obses betul mamat yang masih belum ddapat dijejaki oleh polis ni dengan lokasi dia.

Paling saya rasa sadis pula ialah kes rakyat New Zealand yang ditahan di Amerika Syarikat baru-baru ni kerana menyimpan mayat kekasihnya dalam tong ais. Dia tak mengaku bunuh, tapi mengaku simpan mayat dalam ais atas alasan agama. Apa punya agama pun taktau la.

Bagi masyarakat Universiti Otago, yang paling sensasi tentu sahaja kes pembunuhan Sophie Elliott, pelajar Fakulti Ekonomi, pada Januari lalu, kerana yang dituduh di mahkamah ialah Clayton Robert Weatherston, tutor daripada fakulti itu merangkap bekas teman lelaki mangsa. Sesetengah blog siap buka forum membincangkan kes ini dengan terperinci lagi, satu tindakan yang bersalahan dengan undang-undang di New Zealand, kerana sama seperti negara2 Komanwel yang lain, di sini ada undang-undang penghinaan mahkamah (contempt of court) yang melarang sebarang kes yang sedang berjalan di mahkamah daripada dibincangkan secara terperinci aspek bahan keterangannya sehingga mendatangkan nama buruk kepada individu yang belum tentu lagi bersalah (inilah yang membezakan kita di Malaysia, New Zealand dan negara2 Komanwel yang lain dengan Amerika Syarikat).

p/s: Tapi semua kes di atas tak boleh lawan populariti kes Tame Iti, Yin Xue dan si 'selebriti, David Bain. Tak sabar tunggu apa yang akan berlaku sepanjang perbicaraan mereka.

Lebuhraya di sisi tasik Wakatipu

No comments: