Sunday, July 27, 2008

Winston terkantoi

Winston Peters @ presiden Parti New Zealand First @ Menteri Luar cetus kontroversi lagi. Tapi kali ni bukan sebab mulut dia yang sentiasa cakap lepas hentam FTA New Zealand-China atau negara China atau barang2 buatan negara China yang melambak di New Zealand (dan akan lebih melambak dan lebih murah jangkanya mulai Oktober ni; kesan FTA) tapi mulut orang lain yang cakap lepas pasal dia huhu.

Ni pasal derma ke akaun Parti New Zealand First yang tak diisytihar oleh Winston. Peraturan Sarang Lebah @ Parlimen New Zealand (sarang lebah: sebab bangunan Parlimen kat Wellington bentuk macam sarang lebah, bukan saya kata, Puan PM yang kata; siap pakai nama domain beehives.com lagi untuk Parlimen) menetapkan mana2 derma tak kisah la daripada individu atau organisasi kepada mana2 parti politik mesti diisytiharkan. Nak dijadikan cerita ada la orang2 yang rapat dengan Winston termasuk la peguam dia sekali yang tercakap lepas pasal beberapa derma kepada Parti New Zealand First yang tak diisytihar.

Kali ni nak tengok kadbod tulis apa pula yang Winston nak tunjuk kat wartawan. Winston ni perangai dia kalau datang masa dia malas nak melayan wartawan, dia dah sedia dah dengan kadbod putih tulis "YES" atau "NO", tu petanda mood tak baik la tu.

Tasik Tekapo

Saturday, July 19, 2008

Bila Tony buka pekung di dada

Kesian pulak tengok si Tony Veitch. Tak pasal2 satu New Zealand tertumpu kat dia. Tenggelam sekejap Brian Tamaki (orang2 Gereja Destiny jangan marah ya haha). Siap dapat perhatian Menteri Penyiaran lagi.

Tapi itulah. Buat dajal kat siapa2 macam mana pun kalau tak kena kat dunia ni kat akhirat kena juga. Tony mungkin ingat teman wanita dia boleh maafkan dia begitu saja bila dia hulur fulus nak tutup kes dia dok belasah Kristin Dunne Powell dua tahun dulu. Akhirnya sebab kena tekan teruk sangat terus buat pengakuan salah di depan orang ramai lagi minta maaf terang2 kat bekas teman wanitanya tu.

Kalau TVNZ nak teruskan juga prosedur tindakan disiplin terhadap Tony, memang ia ada bidang kuasa. Ini lebih kepada 'perlakuan yang menjejaskan / memalukan organisasi', peruntukan biasa dalam mana2 organisasi. Cuma bidang kuasa ni budi bicara je la, bukan mandatori. Macam Hanif Basree, lepas dia dibebaskan dan dilepaskan daripada kesalahan membunuh Norita dulu, asalnya Majlis Perbandaran Shah Alam nak mulakan prosedur tindakan disiplin terhadapnya kerana 'perlakuan yang menjejaskan / memalukan organisasi' (Hanif jurutera MBSA) sebab masa bicara di Mahkamah Tinggi Hanif memang mengaku dia selalu beromen dengan Norita. Tapi MBSA akhirnya putuskan tak mahu mulakan tindakan atas alasan Hanif dah insaf dan sudah membuktikan yang beliau sudah jauh berubah daripada karakter Hanif kasanova dulu. Ini budi bicara MBSA.

Cuma kalau katakan teman wanita Tony buat laporan polis atas perlakuan dajal Tony dulu tu, pengakuan salah Tony depan orang ramai tak boleh jadi asas untuk dia terus disabitkan kesalahan. Sebab dalam undang2, pengakuan salah dia tu hanyalah satu pengakuan yang sekadar jadi keterangan yang menyokong keterangan yang lain. Dalam undang2, pengakuan salah yang boleh terus mensabitkan seseorang ialah pengakuan yang dibuat tanpa dorongan, ugutan atau janji, dan dibuat dengan kehadiran sekurang2nya hakim daerah, atau dibuat di hadapan polis berpangkat inspektor ke atas selepas amaran dikeluarkan (pengakuan salah yang dibuat di hadapan polis ni adalah sebahagian daripada "kenyataan beramaran").

p/s: Apa agaknya perasaan Peter Low bila dapat tahu hari ni yang suspek yang didakwa melarikan Cina Ma tu orang keturunan Asia sendiri? Saya dapat bayangkan jiran2 dia yang berketurunan Pakeha atau Maori kata dalam hati: "aku dah agak dahhhh.."

The Remarkables, Queenstown

Coronet Peak, Queenstown

Million Dollar Cruise, Tasik Wakatipu, Queenstown