Monday, March 3, 2008

Berdoalah!

Saya melihat kenyataan akhbar oleh Abrahamic Interfaith Group, Dunedin (gabungan ketua agama Islam, Kristian dan Yahudi Dunedin) yang mempertahankan tradisi bacaan doa setiap kali mesyuarat Majlis Perbandaran Dunedin tepat pada masanya. Walau bagaimana marah sekalipun sesetengah orang terhadap pentadbiran Tuan Peter Chin dan AJK Perbandarannya, bacaan doa bukanlah satu isu yang perlu disensasikan.

Memang sudah jadi tradisi bukan sahaja di mesyuarat Majlis Perbandaran, malah di peringkat Parlimen turu dimulakan dengan doa. Di Dunedin lebih unik sebab wakil agama berbeza dijemput melakukan bacaan doa ini setiap kali mesyuarat. Tradisi ini dimulakan sejak zaman puan Sukhi Turner lagi. Bulan lepas, Shaik Gomal, Imam Masjid Dunedin yang bacakan.

p/s: New Zealand pernah mencatat jumlah penganut 'agama' Jedi terbesar di dunia pada tahun 2001, dengan sebahagian besarnya berpusat di Dunedin. Nasib baik penganut 'agama' Jedi dah menurun sejak lima tahun kebelakangan ni dan nasib baik jugalah kerajaan New Zealand masih waras dengan tidak mengiktiraf 'agama' Jedi sebagai satu agama. Kalau tak pening kepala Tuan Peter Chin nak layan kalau mereka persoal kenapa wakil mereka tak dijemput baca doa dalam mesyuarat majlis. Macam mana lah agaknya gaya bacaan doanya ya? Mesti siap pakai kostum Jedi dengan light saber lagi.

*'agama' Jedi adalah satu pegangan oleh mereka yang terlalu obses dengan filem dan novel StarWars. Satu pegangan yang percaya kepada kewujudan sumber tenaga alam semesta yang digelar 'the force', tenaga yang jika berjaya dikuasai oleh seorang invividu mampu menjadikan beliau seorang insan yang sangat hebat cth. Master Yoda. Tetapi jika gagal dikawal akan memakan diri menjerumuskan individu itu ke arah kejahatan dan kegelapan (dark side) cth. Darth Vader.



Arrowtown

No comments: