Wednesday, August 20, 2008

Nasyid dulu dan sekarang

Komen saya di blog Muzik itu Ibadah

"Saya setuju benar dengan artikel ni. Cuma nak tambah sikit pandangan peribadi kenapa dulu pada era hujung 80-an dan awal 90-an majoriti kumpulan nasyid di Malaysia tak guna alat muzik lain selain daripada kompang, gendang dan alat2 perkusi yang lain.

Puncanya ialah pengaruh dan populariti nasyid2 Al Arqam.

Jika kita sorot kembali populariti lagu2 nasyid sebelum kemunculan nasyid2 arqam, alat muzik yang diketengahkan adalah sama seperti alat muzik yang digunakan oleh hampir semua kumpulan nasyid zaman sekarang iaitu gitar, keyboard dsb. Bezanya cuma majoriti kumpulan nasyid zaman sebelum nasyid arqam tu adalah wanita, dan irama lebih menjurus kepada padang pasir, kecuali kumpulan Al Jahawer yang menerapkan unsur2 pop.

Tapi bila gerakan Al Arqam mula menjadikan nasyid sebagai salah satu wadah perjuangannya, ia perlukan satu bentuk pendekatan muzik yang lain daripada arus perdana untuk menangkap minat masyarakat. Jadi muncullah nasyid tanpa muzik dalam album2 seperti Kelahiran dsb.

Pada awalnya hanya suara vokal dan diikuti dengan suara ramai, tetapi lama kelamaan nasyid tanpa muzik ini mula didokong oleh alunan2 suara latar dengan harmoni yang tersusun.

Kemudian kompang masuk dalam album2 seterusnya, diikuti pula dengan programming perkusi yang lain dengan menggunakan peralatan2 seperti drum machine, sampler dsb.

Walau bagaimanapun, side drum tidak digunakan atas alasan haram.

Malah lagu2 yang agak moden dan tidak mendapat restu pimpinan Arqam turut ditarik balik. Lihatlah pada nasib yang dialami oleh lagu 'Hidden Beneath' dendangan the Zikr feat. Farihin dalam album Munajat. Cetakan kedua album ini menyaksikan lagu itu digantikan dengan rakaman baru lagu 'Sunnah Berjuang'.

Album Munajat meletup, dan kumpulan The Zikr yang turut diperkenalkan dalam album ni mendapat perhatian.

Pada masa itu kita boleh lihat kumpulan2 nasyid sekolah, universiti dsb berlumba2 nak jadi macam Nada Murni / The Zikr. Hasilnya macam2 album dikeluarkan dengan konsep muzik yang sama: nasyid dengan iringan alat perkusi.

Pada masa itu hampir semua penasyid sekolah, kolej dan universiti berpegang teguh kepada konsep nasyid yang dipelopori oleh Al arqam ini, sehingga sesiapa yang cuba menggunakan alat muzik moden dalam lagu2 nasyid dianggap sesat.

Malah bila kumpulan Suara Hati dan Bangsar Boys buat perubahan sikit pada peralatan muzik yang digunakan pun ada yang bising.

Tapi bila Arqam terkubur, semuanya berubah.

Tapi perubahan itu tak mendadak sebab bukan senang nak mengembalikan minda orang yang dah terbiasa dengan 'kehalalan' muzik nasyid ala arqam kembali semula kepada 'kehalalan' muzik nasyid sebelum zaman al arqam.

Jadi mula2 kumpulan2 nasyid ni, terutama sekali kumpulan Mirwana mula mengetengahkan muzik nasyid 'halal' bentuk baru iaitu gunakan segala bentuk alat muzik asalkan tidak bertali dan bertiup.

Maka lahirlah album2 nasyid dengan logo 'neither string nor wind instruments are used'. Hakikatnya, muzik yang dihasilkan itu menggunakan keyboard sepenuhnya. Jadilah muzik yang kedengaran itu seperti biola tetapi bukan biola, seperti gitar bass tetapi bukan gitar bass dsb.

Apa yang berlaku selepas itu rasanya semua dah tahu. Mula2 ada juga yang bising kenapa kumpulan UNIC pakai gitar tapi selepas itu semua senyap.

Dan akhirnya pada hari ini nasyid kembali semula kepada status quo sebelum zaman nasyid2 arqam.

Jadi pandangan peribadi saya, faktor Abuya memainkan peranan yang penting kenapa kumpulan nasyid hujung 80-an dan awal 90-an hanya berpegang kepada nasyid dengan peralatan perkusi yang terhad.

Melodi nasyid memang berevolusi, tetapi peralatan muziknya tidak berevolusi; ia hanya kembali semula kepada kedudukan asal seperti zaman sebelum nasyid2 al arqam.

Alasan kumpulan2 nasyid bahawa mereka berubah daripada segi pendekatan peralatan muzik kerana menyedari wujud khilaf dalam pandangan ulama berkenaan alat muzik hanya alasan sampingan semata2. Alasan utama yang sebenar ialah: mereka kini bebas untuk mengekperimentasikan muzik mereka kerana tiada lagi 'orang atas' yang akan memantau penggunaan peralatan muzik mereka. Maklumlah hampir semua kumpulan nasyid yang popular di Malaysia ni sebelum ini berasal usul daripada al arqam atau bergurukan individu dari al arqam. Wallahu a'lam."

pergh! awal 90-an punya foto nasyid beb!

No comments: