Saturday, January 12, 2008

Tiada rahsia antara kita

Dulu dah kecoh satu New York sebab hujan takde guruh takde tetiba muka penduduk keluar dalam Google Street. Kalau tengah buat aksi-aksi glamer takpe lah juga. Ini ada sesetengah itu tengah bersantai di tepi pantai dengan gaya faham2 sajalah, ada juga yang kelihatan keluar masuk kedai pajak gadai atau hotel murah dengan gaya yang sangat meragukan. Yang rahsia sudah jadi bukan rahsia lagi. Terus timbul isu Google mencabul hak peribadi masyarakat.

Kalau ikut Perisytiharan Antarabangsa Hak Asasi (The Universal Declaration of Human Rights), Perkara 12 menyebut:

No one shall be subjected to arbitrary interference with his privacy, family, home or correspondence, nor to attacks upon his honor and reputation. Everyone has the right to the protection of the law against such interference or attacks.

Tapi Google peduli hapa dengan undang-undang. Selama ini pun dah banyak aksi2 terlampau yang Google lakukan atas misi ingin menjadi pusat sumber bagi semua maklumat yang ada di dunia. Saya ingat lagi satu insiden yang membabitkan Dewan Bahasa dan Pustaka; pihak Google menghubungi DBP dengan menawarkan perkhidmatan pangkalan data tersusun bagi semua koleksi DBP. Yang buat DBP hangin satu badan ialah Google dah siap dah pun pangkalan data tu, tunggu persetujuan DBP sahaja. Dalam bahasa yang mudah, penggodam2 Google dah ceroboh pelayan (server) DBP dan kumpulkan maklumat semua koleksi tersebut lebih awal lagi sebelum membuat tawaran kepada DBP. Insiden sebegini juga pernah terjadi antara Google dan perpustakaan2 di Amerika Syarikat.

Google ialah sebuah syarikat berani mati yang sanggup menghadapi apa jua risiko perundangan sebab dia tahu ramai pihak yang dahagakan maklumat akan menyokong dan mempertahankan tindakannya atas dasar kebebasan memperolehi maklumat. Dia tahu dia popular, terutama sekali perkhidmatan YouTube (Google punya jugak ni).

Saya yakin lembaga pengarah Google mesti ada kena mengena dengan gerakan maklumat percuma (free content movement) yang memperjuangkan motto "maklumat mahu menjadi percuma (Information wants to be free) yang pertama kali disebut oleh Stewart Brand dalam Persidangan Penggodam yang pertama pada tahun 1984.

Sekarang Google Street sudah sampai ke New Zealand. Jadi kalau ada ternampak kereta bercermin hitam, dengan kamera mini terpacak kat atas bumbung, sila-silalah beraksi dengan gaya yang anggun ya. Haha.

p/s: Setiap kali guna Google Earth / Google Street / Google Map, teringat filem Truman Show. Harap-harap Google tak ada cadangan gila nak buat kerjasama dengan mana-mana syarikat filem untuk buat filem yang macam tu, dan harap2 tak ada antara orang yang saya kenal jadi bahan ujikaji macam Jim Carrey dalam filem tu.


Tasik Hawea

No comments: