Friday, January 18, 2008

Bukan Matahari Biasa

Dia digelar pemuisi terbaik di New Zealand. Orang2 Otago mengangkat beliau sebagai satu legenda. Hone Tuwhare meninggalkan dunia fana pada usia 85 tahun semalam.

Sebahagian besar koleksi beliau merupakan luahan perasaan terhadap isu-isu politik. Membaca puisi beliau mendorong kita untuk tidak membuat tafsiran polos kerana beliau gemar bermain dengan metafora. No Ordinary Sun, koleksi puisinya yang pertama sangat menarik minat saya, kerana walaupun ia digembar gemburkan sebagai kecintaan beliau terhadap alam sekitar tetapi secara tersirat ia mengandungi luahan yang keras terhadap penggunaan WMD apabila ia digunakan secara besar-besaran oleh pihak Berikat di Hiroshima dan Nagasaki, sekaligus menamatkan Perang Dunia Kedua dengan cara yang sangat tidak bermaruah.

Tangi beliau disempurnakan di Kaikohe.

p/s: Teringat arwah T. Alias Taib dan puisi-puisi isu masyarakat beliau yang puitis dan penuh metafora.


Tasik Wanaka

No comments: