Saturday, July 19, 2008

Bila Tony buka pekung di dada

Kesian pulak tengok si Tony Veitch. Tak pasal2 satu New Zealand tertumpu kat dia. Tenggelam sekejap Brian Tamaki (orang2 Gereja Destiny jangan marah ya haha). Siap dapat perhatian Menteri Penyiaran lagi.

Tapi itulah. Buat dajal kat siapa2 macam mana pun kalau tak kena kat dunia ni kat akhirat kena juga. Tony mungkin ingat teman wanita dia boleh maafkan dia begitu saja bila dia hulur fulus nak tutup kes dia dok belasah Kristin Dunne Powell dua tahun dulu. Akhirnya sebab kena tekan teruk sangat terus buat pengakuan salah di depan orang ramai lagi minta maaf terang2 kat bekas teman wanitanya tu.

Kalau TVNZ nak teruskan juga prosedur tindakan disiplin terhadap Tony, memang ia ada bidang kuasa. Ini lebih kepada 'perlakuan yang menjejaskan / memalukan organisasi', peruntukan biasa dalam mana2 organisasi. Cuma bidang kuasa ni budi bicara je la, bukan mandatori. Macam Hanif Basree, lepas dia dibebaskan dan dilepaskan daripada kesalahan membunuh Norita dulu, asalnya Majlis Perbandaran Shah Alam nak mulakan prosedur tindakan disiplin terhadapnya kerana 'perlakuan yang menjejaskan / memalukan organisasi' (Hanif jurutera MBSA) sebab masa bicara di Mahkamah Tinggi Hanif memang mengaku dia selalu beromen dengan Norita. Tapi MBSA akhirnya putuskan tak mahu mulakan tindakan atas alasan Hanif dah insaf dan sudah membuktikan yang beliau sudah jauh berubah daripada karakter Hanif kasanova dulu. Ini budi bicara MBSA.

Cuma kalau katakan teman wanita Tony buat laporan polis atas perlakuan dajal Tony dulu tu, pengakuan salah Tony depan orang ramai tak boleh jadi asas untuk dia terus disabitkan kesalahan. Sebab dalam undang2, pengakuan salah dia tu hanyalah satu pengakuan yang sekadar jadi keterangan yang menyokong keterangan yang lain. Dalam undang2, pengakuan salah yang boleh terus mensabitkan seseorang ialah pengakuan yang dibuat tanpa dorongan, ugutan atau janji, dan dibuat dengan kehadiran sekurang2nya hakim daerah, atau dibuat di hadapan polis berpangkat inspektor ke atas selepas amaran dikeluarkan (pengakuan salah yang dibuat di hadapan polis ni adalah sebahagian daripada "kenyataan beramaran").

p/s: Apa agaknya perasaan Peter Low bila dapat tahu hari ni yang suspek yang didakwa melarikan Cina Ma tu orang keturunan Asia sendiri? Saya dapat bayangkan jiran2 dia yang berketurunan Pakeha atau Maori kata dalam hati: "aku dah agak dahhhh.."

The Remarkables, Queenstown

Coronet Peak, Queenstown

Million Dollar Cruise, Tasik Wakatipu, Queenstown

2 comments:

yana hashim said...

wow.. those are million dollar photos en .rizal.. especially the one on the top...awesome... !!!

Rizal said...

Thanks Yana. Remarkables memang best! Yang sangat tak bestnya masa nak pasang dan buka snow chain kat tayar masa nak naik dan turun gunung tu huhu.